[Video] Bertumbuk di plaza tol Bukit Kiara, polis siasat dua pemandu - pakdin.my

KUALA LUMPUR — Kerana tidak berpuas hati antara satu sama lain, dua pemandu lelaki bertumbuk berhampiran plaza tol Bukit Kiara.

Tular di media sosial, klip video kejadian jam 4.30 petang menunjukkan pemandu kenderaan utiliti (SUV) Mazda CX5  memotong pemandu van Toyota Hiace sebelum dia menekan brek di hadapan van itu.

“Kedua-dua lelaki sudah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut,” kata pemangku ketua polis Brickfields Supt Arifai Tarawe seperti dilapor.

“Kes disiasat bawah Seskyen 160 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan.”

Orang ramai yang ada maklumat kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat ASP Ahmad Osman di 011-36508678 atau 03-22979222.

LIHAT video
https://youtu.be/hlp3QKfkBdI

UTAMABERITA Bertumbuk di plaza tol Bukit Kiara, polis siasat dua pemandu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium