[Video] bilik siasatan jenayah narkotik terbakar - pakdin.my

GEORGE TOWN – Sebuah bilik di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) di aras empat, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini musnah dalam satu kebakaran pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.45 pagi itu dilaporkan tidak melibatkan sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, A’Azelan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 7.55 pagi dan tiba ke situ kurang 10 minit kemudian.

Menurutnya, kebakaran melibatkan bangunan kerajaan Kelas A dengan peratusan kebakaran 40 peratus.

“Api dapat dikawal pada pukul 8.15 pagi tadi dan tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian itu.

“Operasi pemadaman juga turut dibantu anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong dan Lebuh pantai,” katanya di sini sebentar tadi.

UTAMA bilik siasatan jenayah narkotik terbakar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium