32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 16, 2021

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit..

Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia hanya mendapat persetujuan dari KWSP pada pagi ini.

Hanya dipersetujui KWSP dan Menteri Kewangan pagi hari ini.

Sebab itu, marilah kita bersabar untuk seketika dan berilah sedikit ruang bagi KWSP mengumumkan secara terperinci berhubung proses baru bagi skim yang telah ditambahbaik pagi ini.

Saya dan BN bersangka baik bahawa KWSP akan permudahkan segala pengeluaran dan tidak akan menyusahkan atau sengaja menafi hak Rakyat untuk mengeluarkan wang mereka sendiri.

Jika masih rumit atau menyusahkan, BN masih ada peluang untuk menolak bajet pada undian peringkat jawatankuasa.

Jikapun bajet diluluskan sepenuhnya dan kerajaan masih tidak tepati janji mereka pada kita dan Rakyat, saya dan BN masih ada cara serta jalan untuk tuntut kerajaan penuhi tuntutan-tuntutan ini.

Seperti yang saya sebut tadi, sama ada bagi komitmen kelulusan automatik moratorium atau pengeluaran KWSP, PEMUDA UMNO berjanji untuk memantaunya dari segi perlaksanaannya.

Mohon semua berhubung dengan pemimpin-pemimpin UMNO dan BN di cawangan masing-masing sekiranya masih dipersulitkan dengan pelbagai syarat tidak munasabah.

Jika komitmen serta janji kerajaan PN ini tidak tertunai maka BN akan mengambil tindakan lanjut.

Facebook Najib Razak
https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157515552385952

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.