27.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 2, 2021

[Video] Bogor dilanda banjir dan tanah runtuh, 7 terkorban dan 1 hilang

Tujuh orang maut dan satu hilang akibat banjir dan tanah runtuh yang melanda wilayah Bogor, Jawa Barat, Rabu (1/1/2020). Di samping itu, bencana alam ini juga menyebabkan tiga orang cedera.

Bupati Bogor Ade Yasin mengatakan, berdasarkan data awal dari Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Bogor, mangsa adalah dari empat daerah, iaitu di Kecamatan Nanggung, Sukajaya, Bojonggede, dan Gunung Putri.

Bencana alam berlaku kerana curahan hujan yang sangat tinggi dan panjang sejak Rabu (1/1/2020) pagi hingga petang.

“Sungai Cidurian masih deras, kami telah meminta petugas di lapangan untuk menghalang penduduk dari menghampiri pinggir sungai kerana kami melihat cuaca di sini masih berpotensi hujan lebat,” kata Ade.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.