Video: Boikot kedai telekomunikasi Kota Raya – PPIM - pakdin.my

Berikutan masih tiada sebarang tindakan diambil terhadap beberapa individu yang mengurung seorang pelanggan di Kompleks Kota Raya baru-baru ini, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bertekad untuk mengadakan kempen memboikot.

Pengarah Unit Tindakan Khasnya, Muhammad Yusuf Azmi berkata, pihaknya menyeru kepada semua pelanggan atau penggemar barangan gajet untuk memboikot syarikat telekomunikasi di Kota Raya.

Ini ekoran katanya, sehingga hari ini masih tiada sebarang tindakan yang diambil terhadap mereka yang terlibat dengan kes peras ugut berkenaan.

“Laporan polis telah dibuat, fail telah dibuka. Kita masih menunggu siasatan.

“Namun, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDNKK) sehingga saat ini belum membuat sebarang tindakan susulan.

“Apatah lagi dilaporkan pada hari kejadian terdapat tujuh mangsa dikurung ekoran serbuan yang dilakukan PPIM anggaran usia 35 hingga 63 tahun.

“Jadi kita gesa orang ramai untuk boikot syarikat telekomunikasi di Kota Raya ini sehinggalah adanya tindakan terhadap mereka yang terlibat,” katanya ketika dihubungi Ismaweb hari ini.

Rabu lalu, seorang lelaki, Dipres Nasution Mohd Ariffin, 28, dikurung di dalam sebuah bilik kecil selama 4 jam oleh beberapa orang lelaki kerana enggan meneruskan pembelian 4 telefon bimbit di sebuah kedai.

Kejadian berlaku apabila dia tidak bersetuju untuk membeli ekoran harga telefon tersebut telah melonjak kepada RM10,000 berbanding harga yang dipersetujui iaitu RM800, RM200 bagi setiap unit.

Dia kemudiannya dikurung dalam bilik kecil di sebuah premis lain yang berada berhampiran dan dipaksa membayar harga yang diminta jika mahu “dibebaskan”.

Dia akhirnya dilepaskan setelah membayar RM5,000 bagi 4 telefon bimbit dengan jenis telefon tidak sama dengan pilihan asal.

UTAMABERITAVideo: Boikot kedai telekomunikasi Kota Raya - PPIM

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium