Statistik Corona

Malaysia
2,369,613
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
2,240,345
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
101,587
Active
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
27,681
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,232,099
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Indonesia
4,069,399
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Indonesia
142,848
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Thailand

Thailand
1,751,704
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Thailand
1,625,750
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Thailand
18,029
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Global

All countries
240,188,856
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
All countries
215,765,598
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
All countries
4,893,161
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Video Buktikan ‘Sepetang Bersama PM’ Berjalan Lancar @NajibRazak

LONDON: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perbuatan dua tiga orang cuba berbuat bising semasa majlis pertemuan beliau dengan rakyat Malaysia di sini semalam tidak mencemarkan majlis tersebut.

“Ia tidak menganggu saya dan suasana dapat dikawal selepas dua tiga minit. Kita akan menayangkan (rakaman) video mengenai majlis tersebut secara keseluruhan,” katanya pada pemberita Malaysia di sini, Selasa.

Beliau berkata tindakan untuk menayangkan rakaman video itu diambil kerana kemungkinan ada pihak yang akan cuba memberi persepsi yang berbeza mengenai perkara itu.

“Jadi kita terpaksa membetulkan, hakikat apa yang telah berlaku dan ramai yang hadir semalam termasuk Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Datuk Seri Zakaria Sulong,” katanya.

Adalah difahamkan rakaman video itu akan dimuatnaik ke dalam blog 1Malaysia.

Semasa sesi “Sepetang Bersama Perdana Menteri” yang dihadiri 1,500 orang semalam, dua tiga orang muncul pada majlis tersebut dan berbuat bising.

Najib berkata sejumlah besar tetamu pada majlis itu begitu mesra dengan beliau, mereka bersalaman dengannya sambil memberi kata-kata perangsang serta ramai yang meminta bergambar bersamanya.

“Ini menunjukkan bahawa perbuatan yang dilakukan oleh dua tiga orang semalam itu tidak mencemar majlis tersebut, ia telahpun diduga. Akibat limpahan daripada demonstrasi Bersih 3.0 baru-baru ini, sudah tentu mereka akan mengambil kesempatan eksploit kehadiran saya bagi kepentingan mereka sendiri,” katanya.

Beliau berkata sebahagian besar rakyat Malaysia cintakan keamanan dan tidak suka kepada kekacauan. Mereka menghormati prinsip keluhuran undang-undang.

“Ini dapat dilihat apabila saya berbual dengan mereka yang hadir, bukan sahaja apa yang mereka luahkan begitu positif, tetapi juga telah menerpa ke hadapan untuk bergambar dengan saya,” katanya.

Tetapi seperti biasa, katanya, ada segelintir yang kecil yang cuba “hijack” untuk tujuan tertentu.

“Ini adalah kes di mana sekumpulan minoriti kecil cuba dominate keadaan dan suasana. Sebab itu sebagai kumpulan majoriti kita tidak boleh membenarkan perkara ini dan kita tidak akan rasa tertekan dalam perkara ini,” beliau menambah kata.

Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba pada Isnin untuk lawatan kerja dua hari ke United Kingdom. Perdana Menteri menerima jemputan Putera Wales, Putera Charles, untuk menghadiri majlis resepsi sempena penganugerahan Carter Diraja kepada Pusat Pengajian Islam Oxford pada petang ini.

Berkaitan