Home / :: BLOG :: / [Video] CEP bukti kerajaan dipimpin secara diktaktor – Annuar

[Video] CEP bukti kerajaan dipimpin secara diktaktor – Annuar

#RejimDiktatorPH #FaktaBukanAuta

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini dilihat sedang menuju ke arah kepemimpin diktaktor dan ‘one man show’ apabila Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) dilihat lebih berkuasa berbanding Menteri Kabinet.

Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, berkata ini dapat dilihat apabila CEP memanggil hakim untuk mengadap mereka yang jelas tidak menghormati ‘rule of law’.

“CEP itu kelihatan lebih berkuasa daripada menteri kabinet sendiri…kita ingin bertanya dewan yang mulia ini, mana boleh anggota CEP memanggil hakim untuk mengadap mereka.

“Mana boleh CEP memanggil menteri kanan mengadap mereka, saya dapat berita daripada menteri itu sendiri…yang paling memeranjatkan kita seolah-olah para menteri tiada wibawa. Urusan diplomatik antara negara diutuskan anggota CEP, di mana Menteri Luar Negeri.

Loading...

“Di mana kuasanya Timbalan Perdana Menteri sehinggakan CEP lebih berkuasa daripada menteri, malah CEP diwujudkan sebelum kabinet dibentuk.

“Menteri seharusnya mempunyai wibawa tersendiri, dalam perlembagaan kita tidak ada satu kuasa lebih tinggi daripada kabinet dalam hal kuasa legislatif.

“Ini menandakan unsur-unsur autokratik dan unsur diktaktorial mula terbentuk dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) di mana ‘one man show’ telah pun berlaku,” katanya ketika membahaskan usul Titah Yang Di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat pada Selasa.

Sementara itu, Annuar berkata tindakan kerajaan PH menghantar anggota CEP bagi berunding dengan ketua kerajaan lain adalah satu penghinaan kepada menteri-menteri yang seolah-olah tidak ada wibawa untuk menjalankan urusan berkenaan.

Malah kata Annuar, terdapat anggota CEP yang dipertikaikan kewibawaannya serta mempunyai rekod buruk seperti mana diperkatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

……………………………

……………………………
https://youtu.be/TKHM1CSOZZc
……………………………

(Visited 14 times, 1 visits today)

Artikel berkaitan

22 comments

  1. Shafiq Razali

    Umno menang di sungai kandis tu bermakna yang PHAPRAK akan tumbang seblum pru15 kalau tetap jugak sama seperti skrg. Percaya atau tidak. Wait n see.

  2. Gema Sutera

    Br 60 hari dh huru hara..ini 5 tahun?

  3. Chee Mat

    Syabas Anuar…sudah nampak kepincangan kerajaan dibawah PH…setakat ini tak nampak kepimpinan yg mantap…

  4. Zul Aishaman

    Biar dtaktor jgn kurapsi kami dah tak pilih

  5. Fadzillah Hussin

    TSAM . Beliau bertuah dulu. TUN M LANTIK.DIA JADI MENTERI BELIA. WAKTU 1990 Bn kalah kosong di KELANTAN . ITU LAH IA BERMULA KARIE POLITIK nya . Sehingga KEHARI.INI . sebab agak.nya. TUN M DIKTATOR AGAK NYA.KETIKA ITU. ?

  6. Paragas Katipang

    Tahniah tansi..sy sokong. Berani membentang pd semua psl cep di parlimen. Semua Mentri PH kayu bodohh dungu tak tahu buat kerja. Asyik keja nak mkn dedak bg penuh temolok masing2 je.

  7. Ibrahim Mohamed

    Yes….. but where is the Punca Kuasa??? Which rule, which law that Atok used to form the council???… Atok just silent and biar je that anak hingusan dia…. membela dia… pegi dah….

  8. Faridah Zainol Abidin

    Maha Firaun tua ni semakin byk menzalimi org2 Islam

  9. Mkamil Latiff

    Ketua CEP telah melesap 100-300b bersama sejak 1984 menjadi Menteri Kewangan termasuk Forex 31b. Lawatan ke China buang masa je sebab China tau siapa Raja penyamun

  10. Yop Yop

    CEP tu pun makan gaji BUTA je……satu hasil pun tak nampak ……Bodoh punya PM MADEY…..

  11. Siti Nazira

    ???? tahniah yb hujah anda sgt padu dan yakin tahniah UMNO/BN semoga kemenangan buat umno/bn di sg kandis

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading...