[Video] CEP bukti kerajaan dipimpin secara diktaktor – Annuar - pakdin.my

#RejimDiktatorPH #FaktaBukanAuta

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini dilihat sedang menuju ke arah kepemimpin diktaktor dan ‘one man show’ apabila Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) dilihat lebih berkuasa berbanding Menteri Kabinet.

Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, berkata ini dapat dilihat apabila CEP memanggil hakim untuk mengadap mereka yang jelas tidak menghormati ‘rule of law’.

“CEP itu kelihatan lebih berkuasa daripada menteri kabinet sendiri…kita ingin bertanya dewan yang mulia ini, mana boleh anggota CEP memanggil hakim untuk mengadap mereka.

“Mana boleh CEP memanggil menteri kanan mengadap mereka, saya dapat berita daripada menteri itu sendiri…yang paling memeranjatkan kita seolah-olah para menteri tiada wibawa. Urusan diplomatik antara negara diutuskan anggota CEP, di mana Menteri Luar Negeri.

“Di mana kuasanya Timbalan Perdana Menteri sehinggakan CEP lebih berkuasa daripada menteri, malah CEP diwujudkan sebelum kabinet dibentuk.

“Menteri seharusnya mempunyai wibawa tersendiri, dalam perlembagaan kita tidak ada satu kuasa lebih tinggi daripada kabinet dalam hal kuasa legislatif.

“Ini menandakan unsur-unsur autokratik dan unsur diktaktorial mula terbentuk dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) di mana ‘one man show’ telah pun berlaku,” katanya ketika membahaskan usul Titah Yang Di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat pada Selasa.

Sementara itu, Annuar berkata tindakan kerajaan PH menghantar anggota CEP bagi berunding dengan ketua kerajaan lain adalah satu penghinaan kepada menteri-menteri yang seolah-olah tidak ada wibawa untuk menjalankan urusan berkenaan.

Malah kata Annuar, terdapat anggota CEP yang dipertikaikan kewibawaannya serta mempunyai rekod buruk seperti mana diperkatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

……………………………

……………………………
https://youtu.be/TKHM1CSOZZc
……………………………

UTAMABERITA CEP bukti kerajaan dipimpin secara diktaktor – Annuar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium