[Video] Cincin Rosmah: Satu Kemaluan Besar Untuk Tony Pua Pakatan Harapan,

Apakah Tony Pua bakal memohon ampun daripada Rosmah kerana menabur fitnah?

Menerusi pendedahan terbaru yang dibuat semalam oleh Timbalan Menteri Kewangan Dato’ Amiruddin Hamzah, sudah jelas lagi bersuluh bahawa Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak, tidak pernah membeli berlian merah jambu sepertimana didakwa oleh Tony Pua.

Biarpun begitu, natijah perbuatan Pua dan tindak-tanduk kartunis Zunar sememangnya telah mencelar imej Rosmah dan Najib dan menjadi salah satu faktor yang menjurus kepada kekalahan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum ke-14.

Persoalannya, adakah Pua dan Zunar akan meminta ampun daripada Rosmah, atau apakah kita akan menyaksikan isteri Najib menyaman mereka kerana menabur fitnah yang begitu dasyat?

Pendedahan-pendedahan seperti yang dilakukan oleh Amiruddin inilah yang beransur-ansur merubah persepsi mereka dari kalangan umum terhadap Barisan Nasional.

Sebelum PRU14, mereka menuduh Rosmah membeli berlian dengan wang yang dicuri dari 1MDB.

Kini, mereka mengesahkan bahawa agen yang membawa berlian tersebut ke dalam negara hanya berbuat demikian agar ianya dapat ditayang sebelum dibawa balik ke negara asal.

Begitu juga, sebelum PRU14, mereka menuduh Najb berbohong berkenaan derma RM2.6 bilion biarpun terdapat bukti yang jelas menunjukkan bahawa dana tersebut sememangnya merupakan dana politik dari kerabat Saudi yang disalurkan menerusi syarikat Tanore dan dipulangkan hampir keseluruhan menerusi syarikat yang sama apabila tidak digunakan.

Malangnya, bukan hanya sebilangan besar dari kalangan umum yang termakan fitnah Pakatan sebelum PRU14, mereka terus-menerus menuduh Najib mencuri berbillon-bilion ringgit biar banyak mana bukti yang dikemukakan oleh Najib.

Anehnya, selepas PRU14, bukan hanya Najib dituduh menerima dana bernilai RM2.08 bilion dari syarikat Tanore, beliau turut dituduh memulangkan dana bernilai RM2.035 billon kepada syarikat yang sama.

Apakah ini tidak menghalalkan kenyataan-kenyataan dan bukti-bukti yang dikemukakan oleh Najib sebelum PRU14?

Minggu lepas, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyatakan bahawa derma dan sumbangan sememangnya boleh dikenakan cukai pendapatan dalam keadaan-keadaan tertentu biarpun pendapatan asing secara lazimnya tidak dikenakan cukai.

Bukankah ini pengakuan terang-benderang oleh pihak pentadbiran pusat bahawa dana yang diterima Najib sememangnya derma berupa dana politik dan bukannya wang yang dicuri?

Bukankah ini membuktikan bahawa Najib telah selama ini difitnah oleh kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan, termasuk Tony Pua?

Saban hari, makin ramai orang Melayu yakin bahawa Najib merupakan mangsa fitnah dan dusta.

Masakan tidak, sedangkan mereka sendiri melihat pendedahan-pendedahan yang dibuat pihak pentadbiran pusat yang jelas bercanggah dengan tuduhan-tuduhan terdahulu terhadap Najib.

Kini, apabila kita membaca komen-komen di Facebook dan akhbar-akhbar arus perdana, kita boleh melihat bahawa komen-komen dari kalangan mereka yang bukan-Melayu-Islam yang sebelum ini menjurus ke arah Pakatan Kini terbahagi kepada dua.

Golongan pertama terdiri dari mereka yang masih lagi berpaut pada tuduhan “kleptokrasi” Lim Kit Siang, manakala golongan kedua sedang giat mempersoalkan ‘U-turn’ kerajaan dan apa yang dilihat sebagai pemutihan atau penjernihan Najib.

Hakikatnya, pendedahan-pendedahan seperti yang dibuat Amiruddin semalam memberi kemenangan yang besar kepada pihak pembangkang dalam perang persepsi yang, sejak lewat tahun lalu, dilihat makin menguburkan kebolehpercayaan dan reputasi pihak Pakatan Harapan.

Malah, ramai yang mengalu-alukan dan menyokong usaha ‘semak-dan-imbang’ yang dilakukan tanpa penat dan lelah oleh pihak yang berwibawa seperti Dato’ Seri Dr Wee Ka Siong, yang kebelakangan ini dicemuh oleh pihak-pihak tertentu (yang berakal cetek dan tidak bertamadun) yang cukup tidak senang dengan beliau sehingga meminta beliau “berhenti menyalak” kerana “BN telah kalah.”

Secara keseluruhan, Barisan Nasional dilihat makin berupaya untuk kembali ke pangkal sebagai satu kuasa yang lebih gagah dan berkesan.

Malah, pucuk pimpinannya dilihat lebih berkesan sebagai pembangkang berbanding dengan pihak Pakatan dalam tempoh 10 tahun yang lepas. Persepsi awam terhadap Barisan sememangnya sudah mula bertambah baik.

Bukan hanya terbitan-terbitan di media sosial oleh Najib dan Wee menarik jauh lebih perhatian daripada pesaing-pesaing mereka dari Pakatan, pemimpin-pemimpin ini dilihat menarik sokongan yang makin kuat setiap kali PRK yang baru diadakan.

Ya, tidak syak lagi bahawa pendedahan terbaru yang dibuat Amiruddin berkenaan fitnah berlian merah jambu bakal dijadikan modal bagi menentang para pemimpin Pakatan sepanjang minggu ini di kawasan DUN Rantau.

Sumber: thethirdforce.net

LIHAT Video: https://www.youtube.com/yLYoH496N4E

#FitnahSudahMenang