Video CNY : Kena batang hidung sendiri ,Teresa kata satira politik - pakdin.my

videoteresakok

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok bersikap ‘kiasu‘ atau mementingkan diri dengan  tidak peduli kemarahan, teguran serta kritikan orang ramai berhubung sindiran menghina pemimpin negara dan rakyat Sabah dalam klip video yang beliau muat-naik ke Youtube sempena Tahun Baru Cina beberapa hari lalu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata sindiran Teresa dalam klip video bertajuk ‘Onederful Malaysia‘ serta alasan beliau apabila dikritik menunjukkan beliau bongkak dan tidak pedulikan sensitiviti masyarakat.

hanya video menyindir. Kami hanya mahu berseronok untuk Tahun Baru Cina. Setiap tahun saya menerbitkan video menyindir yang menarik dan menyeronokkan,” kata Teresa tanpa rasa bersalah dan enggan meminnta maaf.

“Teresa mempunyai niat yang tidak baik, jadi adakah ini satu contoh yang baik dari seorang pemimpin DAP?

Apabila kita menghina negara dan menunjukkan kelemahan-kelemahan lain, ia hanya akan menggalakkan orang lain untuk melakukan perkara yang sama,” kata Ahmad Shabery selepas lawatan ke Measat Satelit Systems Sdn Bhd di Cyberjaya pada Selasa.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Bung Mokhtar Radin ketika dihubungi berkata, Teresa seperti ketandusan idea untuk mencari populariti.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata, perkara atau isu yang boleh menimbulkan ketegangan hubungan kaum atau menyentuh sensitiviti wilayah (seperti isu Lahad Datu yang turut disentuh dalam klip video Teresa) seharusnya dijaga, bukannya dijadikan bahan satira politik.

“Pada saya perbuatan Teresa tidak seharusnya dilakukan oleh pemimpin seperti beliau, saya rasa Teresa sudah kehilangan akal yang waras,” tempelak Bung Mokhtar.

Pergerakan Wanita UMNO Selangor pula menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Teresa berhubung penyebaran video itu.

Ketuanya Datuk Nor Hayati Onn berkata adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab bagi Teresa selaku Ahli Parlimen menyebarkan klip video seumpama itu ketika rakyat berketurunan Cina menyambut tahun baru mereka.

“Dalam suasana perayaan ini, Teresa perlu peka apa dilakukan. Walaupun ia hanya satu klip video Tahun Barui Cina, mengapa ia perlu mempunyai unsur-unsur provokatif, termasuk apa yang berlaku di Lahad Datu,” kata Nor Hayati dalam satu kenyataan pada Selasa.

Manakala Ketua Pergerakan Wanita UMNO Pasir Salak, Datuk Dr. Wan Norashikin Wan Nordin pula berkata klip video Teresa itu adalah dalil sikap tidak ikhlas pembangkang kerana ia menunjukkan mereka lebih gemar menangguk di air keruh.

“Bukankah lebih baik jika Teresa  menggunakan kos menerbitkan video terbabit untuk menghasilkan bentuk lain sama ada berkongsi idea atau apa-apa cadangan yang boleh mendatangkan kesan kepada rakyat dan meringankan beban.

“Apatah lagi durasi video selama lebih 11 minit tersebut lebih banyak berunsur provokasi daripada membawa kebaikan,” katanya.

Ironinya isu yang hampir sama pernah terjadi pada 9 Oktober 2008 apabila Teresa mengemukakan saman RM30 juta terhadap Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Zaini Hassan dan Utusan Melayu (M) Bhd yang kononnya telah menerbitkan sebuah artikel memfitnah beliau.

Artikel bertajuk ‘Azan, Jawi, Jais, UiTM dan ‘ba-alif-ba-ya‘ itu dikatakan bertujuan memperkecilkan dirinya secara peribadi dan rasmi sebagai Ahli Parlimen, ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan anggota Exco kerajaan negeri Selangor.

Yang menariknya ketika perbicaraan kes itu Teresa yang ditanya oleh peguam mengakui artikel tersebut langsung tidak menyebut namanya.

Tidak lama selepas itu Teresa mengarahkan peguamnya menarik balik kes tanpa memberikan sebarang alasan.

Tiga bulan kemudian, Teresa menyaman pula Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI), Datuk Chamil Wariya kerana menulis sebuah cerpen bertajuk “Politik Baru YBJ” yang diterbitkan dalam akhbar Mingguan Malaysia pada 12 Oktober 2008.

Terasa dirinya, dirujuk dalam cerpen Chamil itu, Teresa segera memfailkan saman bertarikh 12 Disember 2008 menuntut RM30juta juga kerana mendakwa cerpen berkenaan memang merujuk kepada beliau dan bukan hanya sekadar kebetulan.

Kes itu juga akhirnya diselesaikan di luar mahkamah.

Jelas memang Terasa ‘kiasu‘ dan apabila terkena batang hidung sendiri, beliau hanya berkata, semua itu satira politik.

Dalilnya – beliau tidak boleh dijadikan bahan sindiran atau jenaka tetapi dengan selamba boleh menggunakan alasan satira dan jenaka ia dia pula mempersendakan orang lain.

UTAMAPOLITIKVideo CNY : Kena batang hidung sendiri ,Teresa kata satira politik

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium