29.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 20, 2020

[Video] Coretan Buat Si Penguasa Tua

Umno yang memerintah dan berjasa lebih 60 tahun telah ditolak oleh rakyat yang memilih. Walau apa pun alasan penyebabnya Barisan Nasional ditolak ia tidakkan mengubah keadaan yang qada dan qadar tentukan.

Secara lahiriahnya kerajaan memerintah telah pun mentakbir negara dengan acuan mereka dan Umno sebagai tunjang kepada Barisan Nasional telah mengambil tugas baru yang serba janggal pada mereka selama ini sebagai Pembangkang.

Seimbas kelihatan tiadalah apa-apa yang perlu dibimbangkan pada keadaan yang berlaku selepas Pru 14 itu,ia adalah pertukaran posisi antara dua kompenan parti.

Tetapi itu adalah pandangan sisi zahirnya, sedangkan di sudut gelapnya kompenan Parti yang tewas ibarat pasukan tentera yang tewas ditawan oleh tentera yang menang. Gerakan sulit kerajaan memerintah menjarah, menekan, memaksa dan menawan musuh yang telah pun kecundang. Lebih sadis episod balas dendam sudah bermula dihari pertama memegang tampuk kuasa.

Demokrasi yang tersemai aman lebih 60 tahun di nodai kesumat, dendam dan amarah yang tiada batasnya.Bukan sahaja Sang Jenderal ditangkap, didakwa dan diaibkan malahan insan tersayang peneman sehidup semati turut diheret untuk terima nasib yang sama,begitu juga para pengikut-pengikut diugut serta diancam agar menurut kehendak mereka. Jika tidak akur nasib yang sama akan menimpa mereka.

Tiadakah nilai kemanusian walau sekelumit pun dihati pemerintah hari ini. Telah pun tumbang sebagai penguasa, diperlakukan seolah tiada secebis pun jasa kepada nusa dan bangsa.

Telah kering kontangkah danau dalam diri? Sehingga tiada setitis pun rasa belas ehsan terhadap insan yang kau dendami itu. Tidakkah kau sedar wahai penguasa tua, insan yang kau zalimi itu, sebangsa dengan mu,insan yang kau aibkan itu seagama dengan mu, insan yang kau nayai itu ibarat anak kepada mu dan adalah dari parti yang sama mengangkat kamu sehingga kamu dipuja-puja hari ini.

Sebagai rakyat kerdil di mata kamu, kami memerhati tingkah kamu wahai penguasa tua, terpaku kelu kami dan tertanya sendiri, apakah kamu wahai penguasa tua berhati haiwan? Apakah kamu wahai penguasa tua berperilaku iblis?

Ingatlah wahai penguasa tua, walau kami sedang inap di dasar tapak kaki mu, kami masih belum mati, kami masih mampu melihat apa yang kamu kerjakan, walau dikala ini kami luka parah. Teruskanlah dengan keangkuhan dan kezaliman kamu itu, nescaya sampai detik waktunya kan pulih kami pasti bangkit dan bangun menentang.

Kami percaya serta yakin penguasa zalim seperti kamu tidakkan mampu bertahan lama. Walau dicincang lumat, selagi berdetik nadi ini, tak terpisah nyawa dari jasad, obor yang marak menyala ini tidak mungkin dapat kamu padamkan. Insyallah kebenaran pasti muncul…


LIHAT video: https://youtu.be/xe83-sIKufg

…….





Berita Berkaitan

Azmin dan Hamzah Zainudin katak lompat yang gila kuasa, kata MT Umno

Anggota Majlis Tertinggi Umno menyindir dua pemimpin kanan Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali...

Pertemuan Pemimpin PN Gagal Hasilkan Keputusan

Perbincangan wakil tiga parti utama kerajaan Perikatan Nasional – UMNO, PAS dan PBBM, sabtu...

UMNO, Pas setuju Muafakat Nasional didaftar secara rasmi

UMNO dan Pas mencapai persetujuan untuk mendaftarkan Muafakat Nasional (MN) secara rasmi dengan Pendaftaran...

Warisan punca peningkatan Covid-19, bukan GRS atau saya – Musa Aman

Saya berasa terpanggil menulis surat ini bagi menjelaskan punca sebenar peningkatan kes Covid-19 di...

Komen

..

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung isu pencemaran...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,357PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan