[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Berkaitan

Terkini

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid):
– Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b)
– Bayaran balik hutang: RM17.7b
– Hutang negara tambah RM37.1b.

Jan-Apr 2020 (krisis Covid)
– Pinjaman baru: RM52.8b (termasuk bon samurai RM7.8b)
– Bayaran balik hutang: RM21.5b
– Hutang negara tambah RM31.3b.

Tahun lepas tak ada Covid tapi hutang naik RM37.1b dalam 4 bulan pertama.

Tahun ini, kita perlu belanjakan dana yang besar untuk lawan Covid tapi hutang naik RM31.3b – lagi rendah banding tahun lepas.

Lagi mengejutkan ialah:

Jan-Feb 2020 (bawah Menteri Kewayangan PH)
Pinjaman baru: RM22b
Bayar balik: RM0
Hutang naik RM22b

Mac-Apr 2020 (PN – pada masa pakej Prihatin mula diagih)
Pinjaman baru: RM30.8b
Bayar balik: RM21.5b
Hutang naik RM9.3b

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

Sebab itu, kita tak perlu kedekut dengan Rakyat dan kita perlu melaksanakan projek-projek rangsangan secepat mungkin untuk menambah peluang pekerjaan untuk mengganti kerja yang hilang akibat Covid.

Jangan tunggu sehingga terlewat.

Facebook Najib Razak

Leave a Reply