Array

[Video] Cubaan haramkan UMNO: Mahkamah tolak permohonan 16 bekas ahli

UMNO menang kes semakan kehakiman, judicial review di Mahkamah Persekutuan, keputusan hari ini 11.50 pg 3/3/21. Sebulat suara oleh 5 Hakim, dipengerusikan oleh Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed.

1. 16 orang yg membawa kes itu bukan lagi ahli UMNO mengikut Perlembagaan UMNO Fasal 20.7

2. Seksyen 18C Akta Pertubuhan tidak bertentangan dgn artikel 121 Perlembagaan Persekutuan. Bahawa apa jua keputusan parti politik tidak boleh dicabar di mahkamah.

3. Isu semakan kehakiman juga telah menjadi akademik kerana UMNO telah melaksanakan proses pemilihan pada Jun 2018.

4. Jelas bahawa adalah menjadi satu polisi awam, public policy, bahawa mahkamah tidak akan mencampuri urusan parti politik.

Peguam yg mewakili UMNO ialah Datuk Hafarizam Harun. Mewakili 16 bekas ahli UMNO ialah Hanif Khatri, mewakili ROS ialah Tn Shamsul Bolhasnan,

Presiden UMNO DS Dr Zahid Hamidi menyatakan rasa syukur atas keputusan ini. Alhamdulillah.

Berkaitan