[Video] Cukup-cukuplah 22 bulan wahai rakyat Malaysia – Ahmad Maslan - pakdin.my

Dato Ahmad Maslan ketika berkempen di Pilihan Raya Kecil DUN Chini mengingatkan pengundi 22 bulan dibawah pentadbiran Pakatan Harapan.

Antara lain beliau berkata…

“22 bulan Agama dihina, Raja dihina, jawi di hina, penjawat awam di hina, macam-macam perkara yang dihina oleh mereka.

“22 bulan harta Tabung Haji, harta macam-macam dijual. secara borong, habis segala harta yang kita telah kumpul

“22 bulan saham menjunam 350 mata, hilang lebih kurang 400 ribu juta dalam masa 22 bulan.

“Kehancuran yang dibuat oleh Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan.

“Saya bercakap dengan kaedah begini lah. Tak sorang pun lagi berani menyaman saya sebab apa yang saya cakap betul belaka. Saya bercakap segala yang benar, tidak ada yang tidak benar melainkan yang benar-benar belaka.

“Semua rakyat tahu tentang saya sebut tu cuma saya ingin mengingatkan kembali 22 bulan zaman gelap, zaman yang tiada harapan pada ketika itu walaupun mereka kata mereka kerajaan Pakatan Harapan tapi tak ada harapan.

“Dan zaman itu kezaliman demi kezaliman mereka lakukan.

“Dato (Seri) Najib diseret ke Mahkamah, Datin Seri Rosmah diseret ke Mahkamah, tidak ada pertuduhan sebanyak itu kepada rakyat Malaysia atau mungkin dalam dunia.

“87 pertuduhan kepada Presiden UMNO diseret ke Mahkamah, tak cukup 1, 2 tak cukup, 80 tuduh dikenakan.

“Zalim bebenor lah sangat kerajaan itu. Siapa kepala zalim dia, Dr Mahathir Mohamad yang mahazalim itu. Saya Cakap terus terang, tunjuk sekali kat situ. Dia lah kepala zalim.

“Bukan sahaja kami-kami ni, ada ramai lagi yang diheret ke mahkamah, pihak Kementerian Kewangan.. siapa dia punya Setiausaha Politik nama Tony Pua, berpuluh-puluh orang dikejar oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri, ikut kata peguam saya ada 43 orang, ikut kata peguam saya nama Dato tak de dia kata.. nama saya tak ada tapi tiba-tiba saya diheret juga ke Mahkamah kononnya saya tak membayar cukai LHDN walhal saya bayat cukai setiap tahun dengan baik tapi kezaliman demi kezaliman.

“Tadi dah disebut berapa ramai orang yang dibuang kerja. Pegawai-pegawai kerajaan, kakitangan kerajaan dibuang kerja dan mereka yang dizalim itu menadah kedua belah tangannya setiap kali lepas sembahyang tidak ada hijab doa orang yang di zalimi itu, terus diterima oleh Allah swt, jatuh kerajaan itu. Betul tuan puan betul (… betul).

“Terperanjat beruk kita kerajaan itu jatuh. Siapa jatuhkan? Dia sendiriii..

“Atuk, siapa suruh Atuk letak jawatan (hahaha). Sekali lagi saya bercakap dengan Atok.

“Walaupun dituduh jalan belakang lah, tebuk atap lah.. apa ke bendanya korang ni.

“Sendiri yang letak jawatan, kalau tak letak jawatan mungkin tak jatuh lagi kerajaan itu.

Janngan lupa subscribe

 

UTAMAPILIHAN RAYA Cukup-cukuplah 22 bulan wahai rakyat Malaysia - Ahmad Maslan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium