[VIDEO] : DAP syor kerajaan henti tangkap penganut Syiah, Ahmadiyah dan sebagainya - pakdin.my

Ahli Parlimen DAP Batu Kawan, YB Kasthuri Patto mengsyorkan Kerajaan hentikan tangkapan ke atas individu yang penganut ‘agama’ Syiah, Ahmadiyah dan sebagainya.

YB Kasthuri Patto bersandarkan Perlembagaan negara yang mengatakan Islam agama bagi Persekutuan tapi agama lain boleh diamalkan di Malaysia.

Pertama, mungkin YB DAP ini tidak tahu bahawa Syiah adalah fahaman bukannya agama.

Kedua, pegangan rasmi umat Islam di Malaysia adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan mazhab Syafie.

Ketiga, Syiah Ahmadiyah satu fahaman liberal pluralis dan ia tidak selari dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah di mana liberal pluralis ini mengambil pendekatan liberal terhadap Islam serta mentafsir al-Quran berdasarkan rasional semata-mata.

Apa yang menarik YB Batu Kawan mengakui bahawa kawan-kawannya ada mengatakan syiah agama bagi mereka apabila ditanya.

Persoalannya, adakah syiah kini sudah menular dalam negara kita dan adakah Kerajaan akan membenarkan fahaman syiah diamalkan di Malaysia?

Bagi aku ini adalah satu ancaman kepada umat Islam di negara kita yang majoriti mengamalkan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan berpegang kepada mazhab Syafie.

LIHAT video:
https://youtu.be/NvIdiEL4p-Q

UTAMAGAYA HIDUPAGAMA : DAP syor kerajaan henti tangkap penganut Syiah, Ahmadiyah dan sebagainya

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium