31.1 C
Kuala Lumpur
Monday, October 26, 2020

Video Dera Di Facebook – Mangsa Dera Dilaporkan Stabil

dera anak tiri facebookKLANG, 13 Dis  — Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang didakwa didera bapa tirinya seperti tersebar dalam klip video di laman media sosial Facebook dilaporkan berada dalam keadaan stabil di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini.

Pegawai Perhubungan Awam HTAR N. M. Akmar Irdawaty berkata mangsa ditempatkan di bilik berasingan di Wad Pediatrik untuk penilaian dan pemerhatian kesihatan.

“Orang awam tidak dibenarkan melawat kanak-kanak itu buat masa ini,” katanya ketika ditemui pemberita di HTAR pada Khamis.

Kes penderaan kanak-kanak lelaki malang itu dipercayai berlaku dua bulan lepas dan klip video kejadian tersebar selepas seorang individu memuat naik ke laman Facebook sejak Rabu.

Susulan itu, polis menahan bapa tiri dan ibu tiri mangsa yang masing-masing berusia 32 dan 20 tahun, Rabu.

+++++


+++

Klip video yang memaparkan seorang lelaki bertindak ganas dan tidak berperikemanusiaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki tersebar luas di laman sosial sejak semalam.

Si pelaku yang juga bapa tiri mangsa disahkan telah ditahan oleh polis untuk membantu siasatan.

Klip video dengan durasi 8:33 minit ini antara lain memaparkan seorang lelaki bertindak ganas dengan menampar, memukul dan menendang mangsa berkali-kali.

Kanak-kanak lelaki ini yang dipercayai berusia tiga atau empat tahun turut dipukul dengan objek keras.

Tangisan kanak-kanak ini nyata tidak diendahkan sebaliknya terus dibelasah.

Sehingga satu peringkat, kanak-kanak ini dipaksa melutut dengan kedua-dua tangannya diangkat ke atas sambil dimarahi lelaki berkenaan.

Turut kelihatan dalam klip video ini, dua kanak-kanak lain.

Bagaimanapun, mereka tidak diapa-apakan.

Bukit Aman dalam satu kenyataan memaklumkan mangsa telah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan.

Dia kini diletakkan di bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(A), Akta Kanak-kanak 2001.

Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjara selama 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Identiti individu yang merakam klip video ini bagaimanapun tidak dimaklumkan.

+++

Berita Berkaitan

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Darurat: Raja-Raja Melayu bermesyuarat esok

Sembilan Raja-Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia dijadualkan mengadakan pertemuan khas...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Komen

..

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat saya, apapun akhir katanya, ingatlah kepada satu sahaja. UMNO dan BN...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan