Video: Dua cedera, bas rempuh 10 kereta

IPOH – Dua cedera selepas kereta yang mereka naiki dirempuh bas ekspres yang turut merempuh sembilan kenderaan lain di Kilometer (KM) 265.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan selepas Terowong Menora di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, bas ekspres itu dipercayai hilang kawalan lalu merempuh 10 kereta yang ada di depannya.

Komander Lebuh Raya Zon Utara Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Asisten Supt. Hazil Reza Mohd. Ghazali berkata, akibat daripada kemalangan, dua mangsa cedera di dalam kereta, dipercayai kereta pertama dirempuh bas berkenaan.

Menurut beliau, bas ekspres berkenaan di dalam perjalanan menuju ke selatan dan membawa 28 penumpang dan dikatakan hilang kawalan sebelum merempuh 10 kereta tersebut.

“Setakat ini hanya dua mangsa itu dilaporkan cedera manakala pemandu dan penumpang bas serta kereta lain tidak cedera,” katanya.

Menurut beliau, siasatan sedang dijalankan bagi mengenalpasti punca kemalangan, termasuk kemungkinan kecuaian pemandu bas seperti mengantuk atau masalah teknikal pada bas berkenaan.

bas rempuh 10 kereta berhampiran terowong menora

Berkaitan

21 COMMENTS

Leave a Reply

Terkini

Popular