32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 16, 2021

[VIDEO] Dua lelaki ‘berputih mata’ hilang motosikal dibawa arus

Dua lelaki nyaris maut apabila motosikal yang ditunggang mereka hanyut dibawa arus ketika cuba meredah jalan yang ditenggelami air dalam kejadian di Pahang hari ini.

Menerusi video yang dikongsi di laman sosial, kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah jalan raya berdekatan sempadan Jengka 15 dan Jengka 16.

Berdasarkan video berdurasi 28 saat itu, kelihatan dua lelaki cuba meredah jalan terbabit meskipun arusnya deras.

Bagaimanapun motosikal mereka terbalik sebelum dibawa arus deras.

Kedua-duanya cuba menarik motosikal terbabit daripada dihanyutkan arus, namun mereka terpaksa melepaskannya kerana arus sangat deras.

Kelihatan salah seorang daripada mangsa juga nyaris terjatuh ketika mengharungi banjir tersebut.

Hari ini cuaca buruk melanda Johor dan Pahang sehingga Lebuh Raya Pantai Timur ditutup selama sembilan jam.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.