[Video] Empat rentung dalam kebakaran di Kompleks Bersepadu Pengerang - pakdin.my

JOHOR BAHRU: Empat rentung, seorang parah dalam dalam insiden kebakaran dan letupan di Kompleks Bersepadu Pengerang, Kota Tinggi, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 malam itu, seorang dilaporkan masih hilang dan sedang dikesan, manakala seorang lagi berjaya menyelamatkan diri.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pauzan Ahmad, berkata mangsa yang parah dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru untuk rawatan susulan.

“Terdapat tujuh mangsa, iaitu empat rentung yang dikeluarkan anggota JBPM, seorang melecur 70 peratus dikeluarkan Pasukan Tindakan Kecemasan (Emergency Response Team), seorang mangsa berjaya menyelamatkan diri, manakala seorang lagi masih hilang,” katanya.

UTAMABERITA Empat rentung dalam kebakaran di Kompleks Bersepadu Pengerang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium