[Video] Enam anggota bomba lemas ketika operasi SAR - pakdin.my

ENAM bomba yang lemas ketika operasi menyelamat remaja di lombong di Puchong dikenal pasti dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang dan BBP Shah Alam.

Empat anggota BBP Pelabuhan Klang iaitu Mohd Fatah Hashim, 34: Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25, dan Yahya Ali, 24.

Dua lagi, anggota dari BBP Shah Alam iaitu Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.

Jurucakap bomba Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian lemas membabitkan seorang remaja lelaki, pada jam 5.19 petang tadi.

“Seramai 10 anggota bersama dua jentera dari BBP Cyberjaya dan Shah Alam dikerahkan ke lokasi kejadian selain dibantu beberapa anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Shah Alam dan BBP Pelabuhan Klang.

“Bagaimanapun, ketika operasi SAR, enam anggota PPDA terbabit dilaporkan lemas sebelum semua mangsa dibawa naik,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, pasukan perubatan yang berada di lokasi memberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR) kepada semua mangsa.

“Namun, kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat,” katanya.

Bagaimanapun, remaja lelaki yang dilaporkan lemas di lokasi berkenaan masih belum ditemui.

Sementara itu, BERNAMA melaporkan sebelum kejadian, remaja lelaki berusia 17 tahun dikhuatiri lemas selepas tergelincir dan terjatuh ke dalam lombong berkenaan ketika memancing bersama dua lagi rakannya.

Komander Operasi JBPM daripada Balai Bomba Cyberjaya, Roslan Long dilaporkan berkata, kejadian berlaku ketika ketiga-tiga mereka sedang melakukan persiapan untuk memancing apabila mangsa remaja lelaki itu terjatuh ke dalam lombong.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.19 petang sebelum lapan pegawai dan anggota sampai di lokasi 30 minit kemudian untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa

LIHAT Video: https://www.youtube.com/watch?v=BeXrs4GNCSs

………

https://pakdin.my/tag/nahas-&-bencana

UTAMABERITA Enam anggota bomba lemas ketika operasi SAR

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium