[VIDEO] GEMPA BUMI DI ACEH: 97 MAUT, 213 CEDERA - pakdin.my

https://www.youtube.com/watch?v=xQj7UE4g1W8

PIDIE JAYA: Komander tentera wilayah Mejar Jeneral Tatang Suherman berkata, angka kematian akibat gempa bumi berukuran magnitud 6.5 di Aceh kini meningkat 97 orang dengan 213 mangsa cedera.

“Berdasarkan laporan kakitangan tentera dan polis serta sukarelawan, angka kematian kini mencecah 92 orang dan kebanyakannya di Pidie Jaya,” kata komander kepada media ketika mengkaji lokasi gempa di daerah ini hari ini.

20161207-gemoa-bumi-acheh-runtuhan

Tatang diiringi Inspektor Jeneral polis, Rio S Djambak meninjau beberapa lokasi di sepanjang laluan gempa di daerah Pidie, Bireuen dan Pidie Jaya.

Komander wilayah itu berkata, pencarian mangsa yang terselamat diteruskan oleh kerana dianggarkan masih ramai yang terperangkap di sebalik runtuhan.

Bagi mempercepatkan pemindahan, beliau berkata, pihaknya akan mengerahkan pasukan penuh tentera di daerah Pidie, Bireuen dan Pidie Jaya.

20161207-gempa-bumi-banda-acheh-runtuh

Selain tentera anggota polis di daerah itu akan dikerah untuk membantu pencarian bersama sukarelawan daripada agensi mencari dan menyelamat nasional (Basarnas), Sekretariat Radio Antar Penduduk (RAPI), Palang Merah Indonesia (PMI) dan Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BPBD).

Rio berkata, ada dua kawasan terjejas teruk akibat gempa iaitu Meureudu, ibu kota Pidie Jaya dan Ulee Glee.

Mangsa yang cedera dipindahkan ke tiga hospital iaitu Hospital Umum Pidie, Hospital Pidie Jaya dan Hospital Bireuen.

Sekurang-kurangnya 92 kedai rosak teruk dan hampir rata di lima daerah iaitu Meureudu, Tringgadengn, Bandar Dua, Bandar Baru dan Meurah Dua, sementara lima masjid rosak teruk.

20161207-gepa-aceh-masjid


GEMPA ACEH: 25 PENDUDUK DISAHKAN MAUT

ACEH: Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh termasuk kanak-kanak dan berpuluh-puluh mangsa lagi terperangkap apabila gempa bumi berukuran 6.4 skala Richter menggegarkan Banda Aceh pada awal pagi Rabu.

Kejadian tersebut turut menyebabkan berpuluh-puluh bangunan runtuh dan sejumlah penduduk dilaporkan cedera, tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Penduduk Aceh melihat kerosakan berpuluh-puluh bangunan yang roboh akibat gempa kuat di Ulu Glee, Pidie Jaya pada 7 Disember 2016
Penduduk Aceh melihat kerosakan berpuluh-puluh bangunan yang roboh akibat gempa kuat di Ulu Glee, Pidie Jaya pada 7 Disember 2016

Pegawai daerah tempatan, Apriadi Achmad berkata, ramai mangsa terperangkap apabila deretan kedai dan rumah runtuh akibat gempa terbabit di daerah Pidie Jaya.

“Jentera berat telah dihantar ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa yang terperangkap,” katanya.

Ahli kelurga mangsa yang terbunuh berkumpul selepas gempa kuat melanda daerah Pidie Jaya pada 7 Disember 2016.
Ahli kelurga mangsa yang terbunuh berkumpul selepas gempa kuat melanda daerah Pidie Jaya pada 7 Disember 2016.

Sementara itu, pegawai Agensi Pengurus Bencana Kebangsaan (BNPB) Sutopo Nugroho berkata, gegaran yang dirasai amat kuat sehingga menyebabkan orang ramai panik dan berlari keluar ke kawasan lapang.

Imej yang tersebar dalam media sosial juga menunjukkan runtuhan bangunan akibat gempa berkenaan, selain tiang elektrik yang tumbang dan orang ramai berkumpul di jalan.

Sekurang-kurangnya lima gegaran susulan dicatatkan selepas gempa kuat itu.

Penduduk Aceh berkumpul di luar sebuah masjid yang rosak akibat gempa kuat di Pidie Jaya, Aceh pada 7 Disember 2016.
Penduduk Aceh berkumpul di luar sebuah masjid yang rosak akibat gempa kuat di Pidie Jaya, Aceh pada 7 Disember 2016.

UTAMADUNIA GEMPA BUMI DI ACEH: 97 MAUT, 213 CEDERA

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium