31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, October 23, 2020

[Video] GRS bincang hala tuju selepas berjaya bentuk kerajaan negeri – Bung Moktar

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) Sabah akan berbincang dengan rakan parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengenai hala tuju gabungan itu selepas berjaya membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah, malam ini.

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata pihaknya juga bersedia membincangkan apa saja masalah dan memastikan kerajaan baharu itu akan terus membela rakyat.

“Setakat jam 9.23 malam ini, saya ingin memaklumkan bahawa GRS telah mendapat majoriti mudah dan boleh membentuk kerajaan.

“Sebagai ketua BN Sabah, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kepercayaan diberikan oleh rakyat Sabah yang ingin berubah daripada Parti Warisan Sabah (WARISAN).

“Insya-Allah, GRS akan berbincang untuk menentukan hala tuju dan masalah lain.

“Kita akan memastikan kerajaan baharu ini terus membela nasib rakyat,” katanya pada sidang media di ibu pejabat UMNO Sabah, di sini.

Yang turut hadir, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bung Moktar yang juga Pengerusi UMNO Sabah berkata, beliau cukup berkeyakinan bahawa kerajaan negeri baharu pimpinan GRS dapat dibentuk dengan semangat setiakawan.

“Kita akan membincangkan secara terperinci mengenai hala tuju atau arah kerajaan ini memfokus masalah rakyat pada masa akan datang,” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada seluruh jentera UMNO dan rakan komponen BN lain yang berkampung di Sabah untuk membantu memenangkan calon parti.

Dalam pada itu, Bung Moktar yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag memaklumkan, soal berhubung Ketua Menteri yang baharu akan dibincangkan bersama rakan GRS dalam masa terdekat.






Berita Berkaitan

Warisan punca peningkatan Covid-19, bukan GRS atau saya – Musa Aman

Saya berasa terpanggil menulis surat ini bagi menjelaskan punca sebenar peningkatan kes Covid-19 di...

Hajiji positif COVID-19, dirawat di hospital

Datuk Hajiji Noor disahkan positif COVID-19 dan kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth, kata...

PRK Batu Sapi: BN tidak letak calon, fokus kesihatan rakyat – Zahid Hamidi

Barisan Nasional (BN) tidak akan meletakkan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Pilihan raya kecil Batu Sapi akan tetap diadakan ?

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu pilihan raya kecil (PRK) bagi mengisi kekosongan...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan