26.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, January 19, 2021

VIDEO: GUNA ULAR TAKUTKAN MURID SATU PENDERAAN

Kumpulan bertindak ibu bapa menyifatkan tindakan mencampak ular dalam kolam yang direntasi peserta bina jati diri sebagai suatu penderaan.

Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa Bagi Pendidikan Malaysia (Page) Datin Azimah Rahim terkejut sekiranya ia sebahagian daripada prosedur normal modul bina jati diri.

“Kamu mahu kanak-kanak itu terjun ke dalam kolam tetapi kamu campak ular, dan kemudian kamu tembak mereka dengan hos air bila mereka cuba panjat tebing. Kamu sengaja menyusahkan mereka. Ini penderaan kanak-kanak,” kata Azimah ketika dihubungi.

Video viral yang dilaporkan berlaku di Kuala Kangsar mengundang amarah ‘netizen’ apabila melihat sekumpulan murid perempuan yang dipaksa meredah kolam air berselut seterusnya dicampak sesuatu menyerupai ular ke dalam kolam.

Mereka turut ditembak dengan pancutan air dan disergah supaya memberanikan diri.


Azimah mengesyaki program itu dikendali pihak ketiga.

“Melihat kepada video berkenaan, saya tidak rasa mereka adalah guru. Pemerhatian saya, ini merupakan kem yang dianjur oleh pihak ketiga bukan dikendali oleh sekolah itu sendiri,” katanya.

Beliau hairan kerana tiada seorang guru berhampiran menghentikan tindakan tidak bertanggungjawab itu.

“Jika saya merupakan ibu bapa kepada salah seorang pelajar yang berada di dalam kolam itu, sudah tentu saya akan marah. Dalam hal ini, suara mereka mungkin tidak didengari dan kita bertanggungjawab dalam menyampaikan pesan bahawa perbuatan itu adalah sama sekali salah,” katanya.

Azimah berpendapat ia mungkin boleh diterima sekiranya elemen itu diperkenalkan untuk peserta sekolah menengah, namun bukan untuk murid sekolah rendah lebih-lebih lagi melibatkan pelajar perempuan.

Dalam pada itu Kolonel Angkatan Pertahanan Awam (PA) Perak Mohd Noor Hassan Ashari Sulaiman amat musykil dengan pendekatan pihak pengurusan kem itu.

Beliau menjelaskan tujuan program bina jati diri antara lain untuk mengukur tahap kerja, kerjasama dalam kumpulan dan pematuhan arahan seperti yang dipohon.

“Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sudah menjalankan modul latihan untuk membina jati diri murid dan pelajar lebih daripada 10 siri sejak 3 tahun lalu namun kejadian pengunaan ular pada program itu adalah pertama kali berlaku,” katanya kepada Harian Metro.

APM serta merta menggantung modul yang digunakan bagi menyiasat pelanggaran tatacara pengendalian piawai (SOP).

“APM melarang sama sekali anggota bermain ular atau membuat pertunjukan permainan ular,” katanya.

Dalam pada itu, walaupun semua peserta berada dalam keadaan sihat serta selamat beliau amat berduka cita mengenai kejadian berkenaan.


IPOH : Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menggantung serta merta modul pembinaan kumpulan murid yang digunakan mereka bagi menyiasat sama ada terdapat pelanggaran operasi prosedur standard (SOP) selepas satu video berkaitan latihan menggunakan modul itu menjadi viral di media sosial sejak semalam.

Video itu mengundang amarah ‘netizen’ kerana ada yang mencampak ular ke dalam kolam dimasuki murid menyebabkan mereka ketakutan dan difahamkan kejadian berlaku di Kuala Kangsar.

Kolonel Pertahanan Awam (PA) Negeri, Mohd Noor Hassan Ashari Sulaiman berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan dan mengumpul maklumat mengenai penggunaan ular dalam latihan yang dilakukan oleh pengurusan APM.

Katanya, APM sudah menjalankan modul latihan untuk membina jati diri murid dan pelajar lebih dari 10 siri sejak tiga tahun lalu namun kejadian pengunaan ular pada program itu adalah pertama kali berlaku.


“€œJadi kita musykil mengapa pihak pengurusan berkenaan menggunakan pendekatan itu kerana kita melarang sama sekali anggota bermain ular atau membuat pertunjukan permainan ular.

“APM amat menitik beratkan keselamatan peserta dan sangat berduka cita mengenai kejadian berkenaan walaupun semua peserta berada dalam keadaan sihat serta selamat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, antara tujuan program berkenaan dilakukan adalah untuk mengukur tahap kerja, kerjasama dalam kumpulan, pematuhan arahan dan lain-lain seperti yang dipohon.

Dalam rakaman berdurasi 2 minit 50 saat itu kelihatan sekumpulan murid perempuan yang berpakaian sukan lengkap melakukan latihan meredah kolam air berselut yang dicampakkan ular serta dipaksa meredah kawasan itu selain turut di siram air dan disergah supaya memberanikan diri menghadapi ujian yang diberikan itu.

Kelihatan ada diantara mereka yang panik, ketakutan dan menangis.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.