Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang – Presiden PAS telah dimasukkan ke Jabatan Kecemasan, Hospital Putrajaya akibat sesak nafas.
Turut hadir di Hospital Putrajaya adalah Datuk Seri Takiyuddin Hassan – Menteri JPM (Undang-Undang).
Doktor memaklumkan bahawa keadaan beliau stabil. Jantung beliau lemah berkemungkinan disebabkan dalam keadaan penat.
Doktor telah memaklumkan bahawa Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Bin Awang akan dirujuk ke IJN untuk rawatan susulan.
Beliau akan menjalani swab test di IJN.
Pada kira-kira jam 9:25 malam Abdul Hadi Bin Awang telah dibawa dengan ambulan ke IJN KL.