Video: Hanipa terdiam kena ‘khutbah’ dan dicabar Annuar Musa - pakdin.my

hanipa-maidin

Keterlanjuran Ahli Parlimen PAS Sepang Hanipa Maidin memfitnah Tan Sri Annuar Musa menabalkan raja di bawah pokok ketapang memakan diri sendiri.

Ini kerana Ahli Parlimen Ketereh itu mencabar Hanipa membuat kenyataan di luar Dewan bukan bercakap disebalik imuniti wakil rakyat di Parlimen.

Hanipa lemparkan beberapa dakwaan terhadap institusi kehakiman di Dewan Rakyat, Selasa.

Annuar mengemukakan cabaran itu ketika mencelah perbahasan peringkat jawatankuasa Rang Undang-undang Hasutan (Pindaan) 2015 di Dewan Rakyat, awal pagi Jumaat.

Beliau menggunakan ruang yang dibenarkan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk ‘berkhutbah’ kepada Hanipa yang disifatkan Annuar sebagai tidak menggambarkan seorang wakil rakyat dari parti PAS atau Parti Islam SeMalaysia.

 

 

Annuar berkata, Hanipa bersikap zalim kerana memfitnah beliau dalam ucapannya sebelum itu.

Ikuti sindiran pedas Annuar yang menyebabkan Hanipa terdiam serta teguran Pandikar Amin kepada Ahli Parlimen DAP Segambut Lim Lip Eng yang mahu menggunakan Peraturan Mesyuarat 38(1) bagi menghalang hujah Annuar kerana tiada kena mengena dengan Akta Hasutan.

UTAMAVideo: Hanipa terdiam kena ‘khutbah’ dan dicabar Annuar Musa

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium