[Video] Hanya 6,000 rakyat tempatan, 16,000 lagi warga asing – Annuar - pakdin.my

  • Bancian awal lebih 10,000 warga asing tetapi selepas bancian terperinci meningkat kepada 16,000
  • Bekalan makanan daripada tabung khusus bukan dari wang ‘pembayar cukai’

Hanya 6,000 rakyat tempatan mendiami kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sekitar Pusat Bandar Utara dan Pasar Borong Kuala Lumpur, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata, bancian terbaru mendapati daripada keseluruhan jumlah 22,000 penduduk di kawasan itu, seramai 16,000 adalah warga asing, termasuk pelarian Rohingya yang memegang kad Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

“Ketika bancian awal, hanya ada lebih 10,000 warga asing. Namun selepas dibanci secara terperinci, angka itu didapati naik hingga 16,000 (warga asing).

“Namun semua penduduk di kawasan PKPD, termasuk warga asing, akan dibekalkan makanan.

“Tidak mungkin kami akan menggunakan wang ‘pembayar cukai’ untuk bekalan makanan mereka, justeru satu tabung khusus digerakkan bagi mengumpul dana membeli makanan asas kepada warga asing di kawasan PKPD,” katanya ketika wawancara eksklusif Bernama Radio bertajuk ‘Pengurusan COVID-19 dan PKP Wilayah Persekutuan’, di sini, hari ini.

Beliau berkata, sumbangan tabung khusus itu kini sudah mencecah lebih RM1 juta dan orang ramai dialu-alukan memberi sumbangan ke tabung itu menerusi Pusat Pengurusan Krisis Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (CMC) di Jalan Tun Razak.

“Mana-mana pihak yang mahu menyalurkan sebarang bentuk sumbangan bekalan makanan kepada rakyat tempatan di kawasan PKPD akan diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Dalam pada itu, Annuar berkata, tahap pematuhan rakyat terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar ibu kota semakin baik apabila mereka yang ditahan kerana mengingkari PKP berkurangan.

“Jika dibandingkan dengan negara lain, ada pihak penguatkuasaan mereka yang terpaksa menggunakan kaedah lebih agresif untuk menangani kes ingkar PKP.

“Namun di Malaysia, ada kerjasama dan kepercayaan antara kedua-dua pihak, iaitu rakyat dengan kerajaan,” katanya. – BERNAMA

UTAMABERITA Hanya 6,000 rakyat tempatan, 16,000 lagi warga asing - Annuar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium