Video: Harimau Bintang Kejar Penduduk - pakdin.my

 

LINGTANG-PUKANG dibuatnya apabila seekor harimau bintang yang dikurung di dalam rumah tiba-tiba terlepas melalui bumbung dan mengejar penduduk.

Kejadian itu berlaku di Ballarpur, Maharashtra, India selepas binatang liar berkenaan ditangkap dan dikurung secara haram oleh seorang penduduk kampung.

Berdasarkan video yang direkodkan penduduk kampung, kelihatan mereka pada awalnya cuba menghalang harimau bintang itu daripada keluar menerusi bumbung.

Namun, haiwan itu bertindak liar untuk keluar dan menerkam belakang seorang penduduk.

Suasana panik itu kemudian reda selepas binatang berkenaan bersembunyi di dalam tandas sebelum ia ditangkap oleh Jabatan Perhutanan negara tersebut.

Tiada kecederaan parah dilaporkan berlaku dalam insiden berkenaan walaupun seorang penduduk diterkam pada awalnya.

harimau-bintang-kejar-penduduk

UTAMADUNIAVideo: Harimau Bintang Kejar Penduduk

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium