[Video] Helikopter bawa Abang Jo mendarat di padang Unimas akibat cuaca buruk - pakdin.my

KUCHING: Cuaca buruk memaksa helikopter membawa Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg membuat pendaratan di Padang Kawad Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Kota Samarahan petang tadi, demikian menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail.

Menurutnya, Abang Johari bersama rombongan kemudian meneruskan perjalanan menggunakan jalan darat.

“Betul, helikopter yang membawa Ketua Menteri mendarat di Padang Kawad UNIMAS kerana cuaca buruk. Mereka kemudian meneruskan perjalanan menggunakan jalan darat,” katanya.

Difahamkan Abang Johari yang merupakan calon GPS bagi kerusi DUN Gedong semasa kejadian dalam perjalanan dari Gedong ke Kuching.

 

UTAMAPILIHAN RAYA Helikopter bawa Abang Jo mendarat di padang Unimas akibat cuaca buruk

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium