Video: Hishamuddin Akui, Muhyiddin Mengamuk Selepas Mesyuarat MT - pakdin.my


 

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein mengakui Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengamuk sejurus selepas mesyuarat ahli Majlis Tertinggi (MT) khas yang diadakan Selalsa lalu.

Beliau ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut berkata, keputusan MT untuk tidak membenarkan Muhyiddin menyampaikan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 Sabtu ini mungkin telah mencuit perasan dan emosi beliau.

“Kita faham keputusan semalam mungkin mencuit perasaan dan emosi pemimpin berkenaan. Tetapi hari ini saya tengok kemarahan yang membara semalam dah diredakan.

“Tak terbawa-bawa, itulah kelebihan pemimpin UMNO. Yang penting sekarang ialah imej UMNO,” katanya ketika sidang media yang diadakan pada Khamis.

Hishamuddin turut menekankan pentingnya semangat kepartian supaya dapat meneruskan dasar perjuangan yang dibawa UMNO.

Rabu lalu SuaraTV melaporkan tindakan Muhyiddin yang menarik Hishamuddin ketepi sambil menjerit dengan mengeluarkan kata-kata kesat bagi meluahkan rasa tidak puas hatinya.

“Kenapa tak bagi aku berucap, ********* betul” jeritnya kepada Hishamuddin dengan nada berang sebelum beredar.

Jeritan Muhyiddin itu turut di dengari oleh beberapa orang ahli (MT) lain yang berada tidak jauh dari tempat kejadian.


Tidak Boleh Berucap, Muhyiddin Mengamuk Selepas Mesyuarat MT

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan marah dengan keputusan ahli Majlis Tertinggi (MT) yang memutuskan hanya Datuk Seri Najib Razak akan melakukan ucapan penggulungan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2015, Sabtu ini.

Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi, sejurus selepas mesyuarat khas tersebut Muhyiddin dikatakan menarik Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein ketepi sebelum menjerit sambil mengeluarkan kata-kata kesat bagi meluahkan rasa tidak puas hatinya.

“Kenapa tak bagi aku berucap, ********* betul” jeritnya kepada Hishamuddin dengan nada berang sebelum beredar.

Menurut sumber yang enggan mendedahkan identitinya itu, jeritan Muhyiddin itu di dengari oleh beberapa orang ahli (MT) lain yang berada tidak jauh dari tempat kejadian.

Keputusan yang dibuat itu turut mengambil kira perasmian dan penggulungan perhimpunan ketiga-tiga sayap parti hari ini hanya dilakukan ketua pergerakan masing-masing.

Sumber itu turut menjelaskan majoriti ahli MT merasakan adalah tidak wajar untuk membenarkan Muhyiddin memberikan ucapan memandangkan beliau telah melakukan perkara yang bertentangan dengan prinsip parti apabila mengadakan perjumpaan khas semata-mata untuk bagi mengutuk dan menyerang pemimpin tertinggi UMNO Isnin lalu.

Muhyiddin ketika berucap di dalam perjumpaan khas yang diadakan di Kampung Baru itu, sekali lagi membangkitkan isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion yang jadi punca pemecatan beliau dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Tidak cukup dengan itu, Muhyiddin juga dilaporkan sengaja enggan hadir pada sesi taklimat tertutup presiden dengan pemimpin pelbagai peringkat Selasa lalu walaupun berada di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika ditanya mengenai perkara itu.

“Kita dimaklumkan beliau (Muhyiddin) telah sampai ke PWTC, tetapi tidak masuk ke dalam Dewan Merdeka,” katanya sewaktu sidang media di PWTC semalam.

Menurut Zahid sehingga kini pihaknya tidak mengetahui mengapakah Muhyiddin bertindak sedemikian.

UTAMAPOLITIKVideo: Hishamuddin Akui, Muhyiddin Mengamuk Selepas Mesyuarat MT

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium