[Video] Hospital Kapar lewat disebabkan kerajaan Selangor - pakdin.my

———————
Sebanyak 12 surat diutus kepada kerajaan negeri Selangor sejak 2012, setiap satu mengambil masa lebih setahun untuk dijawab kerajaan negeri itu.
———————
Kelewatan pembinaan Hospital Kapar, yang diumum pembinaannya pada 2013, antara lain disebabkan kelengahan kerajaan negeri Selangor pimpinan pembangkang dalam meluluskan pemberian milikan tanah.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata sehingga kini, sebanyak 12 surat diutus Kementerian Kesihatan kepada kerajaan negeri Selangor sejak 2012 namun, setiap satu surat mengambil masa lebih setahun untuk dijawab kerajaan negeri itu.


 

Lihat video:
https://youtu.be/1bGQyvTt1N8

Kini permohonan pemberi milikan tanah ini masih bawah tindakan Pejabat Daerah dan Tanah Klang, Selangor, katanya.

“Ini yang melambatkan. Kerajaan (pusat) minta Sime Darby serah tanah 50 ekar (20.23 hektar) itu kepada kerajaan negeri dan kita pula minta supaya tanah ini diserah kepada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) tetapi syaratnya dengan kadar nominal,” katanya pada sesi pertanyaan jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan G Manivannan (PKR-Kapar) yang bertanya sama ada kerajaan meletakkan had masa dalam pembinaan hospital kerajaan itu.

Dr Hilmi menjelaskan tapak tanah bagi cadangan pembinaan hospital berkenaan sudah dipersetujui Kementerian Kesihatan untuk dibina di atas tanah serahan pembangunan syarikat Sime Darby dan pihak kementerian sudah mengemukakan permohonan pemberi milikan kepada JKPTG Persekutuan pada 11 Oktober 2017.

“Susulan itu, JKPTG Persekutuan sudah mengemukakan permohonan pemberi milikan tanah itu kepada pentadbir tanah Pejabat Daerah dan Tanah Klang pada 29 November 2017 untuk mendapatkan kelulusan permohonan serta memohon supaya kadar premium yang akan dikenakan pihak berkuasa kerajaan negeri pada kadar nominal,” katanya.

UTAMABERITA Hospital Kapar lewat disebabkan kerajaan Selangor

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium