[Video] Hujan lebat dan ribut membadai Perlis - pakdin.my

HUJAN lebat berserta angin kencang yang melanda hampir sejam di negeri ini menyebabkan mercu tanda dan beberapa pokok besar tumbang, malam tadi.

Antara kawasan yang terjejas teruk ialah Jalan Kangar-Arau (Repoh), Jalan Datuk Ali (Kayang), Jalan Repoh-Santan (Santan), Jalan Mata Ayer-Gial (Mata Ayer) dan sekitar Padang Siding berikutan pokok tumbang menghalang lalu lintas.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis berkata, kejadian pintu gerbang mercu tanda di Repoh tumbang akibat angin kencang menyebabkan laluan di kawasan itu ditutup buat sementara waktu.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif sekiranya mahu ke Bandar Kangar dan Arau sehingga kerja-kerja baik pulih dijalankan.

“Sementara itu, laluan ke Jalan Datuk Ali dan Padang Siding turut ditutup bagi mengalihkan sebatang pokok besar yang tumbang sehingga menghalang lalu lintas,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, pihaknya kini sedang membersihkan kawasan yang terjejas teruk.

“Kita menasihatkan pengguna jalan raya berhati-hati ketika melalui jalan dan kawasan yang dipenuhi pokok besar di sepanjang jalan.

“Ini bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku,” katanya.

 

 

LIHAT Video: https://www.youtube.com/watch?v=DagSVIE3RAo

UTAMABERITA Hujan lebat dan ribut membadai Perlis

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium