Loading...
Home / :: BLOG :: / [Video] ICERD: Lebih 1 juta orang Melayu Bakal ‘menggoncang’ negara

[Video] ICERD: Lebih 1 juta orang Melayu Bakal ‘menggoncang’ negara

1. Hari ini, Presiden Pas DS Hadi Awang memberi ‘amaran terakhir’ kepada kerajaan Malaysia Baru dan sekutu-sekutunya agar jangan sesekali bermimpi untuk melaksanakan ICERD.

2. Dengan tegas Haji Hadi memberi kata dua kepada kerajaan, bahawa jika ICERD dilaksanakan juga, maka PAS akan mengerah lebih sejuta ahlinya bersama orang Melayu Islam yang lain untuk turun ke medan jalan raya.

3. Terbaik. Kenyataan Haji Hadi ini adalah kata putus yang sepatutnya keluar dari seorang pemimpin yang bertanggungjawab terhadap bangsa dan agamanya sendiri.

4. Bukan seperti pemimpin ‘murahan’ dari PH yang tiada prinsip dan bacul apabila melihat nasib Melayu dan Islam dipijak-pijak di bumi Malaysia.

5. Bahkan, lebih teruk bila ada pemimpin-pemimpin Malaysia Baru ini turut bersekongkol dengan musuh Islam dalam merosakkan struktur sosial yang menjadi tunjang keutuhan bangsa Melayu selama ini.

6. Kini, orang Melayu Islam, tidak kira apa aliran politik sekalipun harus berdiri teguh di belakang semboyan yang telah dibunyikan oleh Haji Hadi ini.

7. Orang Melayu sudah boleh berhenti bermusuh sesama sendiri, kerana pihak-pihak yang jahat sedang bergabung tenaga mencari retak di celah-celah kelemahan bangsa Melayu.

8. Kini bukan lagi masa untuk berpolitik. Tapi kini adalah masa untuk berjuang.

9. Berjuang untuk masa depan agama, bangsa, negara, diri sendiri, keluarga.

……………..

LIHAT Video: https://www.youtube.com/watch?v=DVi-nhEE4Dg

Transkrip video:

PAS memberi amaran yang sekeras-kerasnya jangan menyalahgunakan Parlimen kerana kemenangan Pakatan Harapan.

Ketahui lah mudah bagi PAS untuk mengeras berjuta ke jalan raya sekiranya Parlimen disalahguna untuk mengiktiraf agenda ICERD yang tidak adil kepada Islam dan rakyat Bumiputera.

Saya ulangi sekali lagi maka PAS memberi amaran yang sekeras-kerasnya jangan menyalahgunakan Parlimen kerana kemenangan Pakatan Harapan.

Ketahui lah mudah bagi PAS untuk mengeras berjuta ke jalan raya sekiranya Parlimen disalahguna untuk mengiktiraf agenda ICERD yang tidak adil kepada Islam dan rakyat Bumiputera.

Sepatutnya ICERD dihadapkan kearah Israel dan Myanmar yang melaksanakan kekejaman terhadap rakyat yang berbeza agama dan bangsa di negara mereka bukan diterima di negara Malaysia yang telah wujudnya penerimaan masyarakat majmuk.

Jangan lagi diganggu sehingga melampaui batas yang ada terkini jangan dilanggar lampu merah yang senang bernyala, jangan bersikap laksana, bersikap laksana diberi betis mahukan paha.

http://pakdin.my/tag/icerd

Loading...
(Visited 68 times, 1 visits today)

Artikel berkaitan

13 comments

  1. Ram Otai Ram

    Sokong seratus peratus jangan sesekali bermain dgn api walau apa pun terjadi lawan tetap lawan jangan biarkan sihindu mempermain udang undang telah termaktub kalau ingin kaum lain hidup aman ditanah melayu

  2. Mohd Shafa Azam

    Sokong…masa nilah nak tunjuk penyatuan umat islam dan kekuatan di malaysia…

  3. Tumpik Angus

    Admin..mohon war war kan..dan share…ramai ramai .org asli bumiputra..org Dayak..Kedazan..semua yg Bumiputra ayuh turun ….sama sama kita pertahankan…

  4. Rashid Basar

    X sabar nye…ble nk letup ni..huhu..

  5. Awik Kassim

    Mohd Shafa Azam tuan Hj berani ke turun menyahut seruan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading...