33 C
Kuala Lumpur
Tuesday, January 26, 2021

[Video] Isu penjualan 76.2% daripada jumlah keluasan ladang milik Tabung Haji oleh Kerajaan PH

Rupa-rupanya apabila disemak, beberapa transaksi penjualan aset Tabung Haji masih belum dimuktamadkan dan boleh dibatalkan

Contohnya penjualan THP-YT Plantations Sdn Bhd, Bumi Suria Ventures dan Maju Warisan Mas (anak syarikat Tabung Haji) masih menunggu kelulusan EPU

Transaksi ketiga-tiga syarikat melibatkan kira-kira sekitar 10 ribu hektar ladang sawit sahaja.

Yang dijual 70 ribu hektar, yang berjaya diselamatkan hanyalah 10 ribu hektar.

Timbalan Menteri Agama sudah sahkan yang transaksi-transaksi ni akan dikaji semula dan dibatalkan

Nasib baik tukar kerajaan dapatlan selamatkan penjualan yang mana masih belum dimukramadkan, Alhamdulillah.

Isu penjualan 76.2% daripada jumlah keluasan ladang milik Tabung Haji pada masa harga minyak sawit rendah.
YB Tuan Haji Ahmad Marzuk bin Shaary
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama)

………………………
Dari Facebook Najib Razak:

Saya pernah berulang-kali bangkitkan isu penjualan 76.2% daripada jumlah keluasan ladang milik Tabung Haji pada masa harga minyak sawit rendah.

Saya pernah kata bahawa menjual ladang sawit milik Tabung Haji secara lambak pada ketika harga minyak sawit rendah adalah satu tindakan khianat pada pendeposit Tabung Haji kerana harga ladang sawit telah diturunkan nilai sehingga 70%.

Berkali-kali saya tuntut jawapan dari Kekanda tetapi dia tak pernah berani jawab (kerana media sosial bukan level dia).

Akhirnya terjawab juga pagi ini dalam Dewan Rakyat.

Apa yang saya bongkarkan dulu terbukti benar dan sahih.

Keputusan dan kelulusan untuk menjual telah dibuat oleh Kerajaan PH pada Ogos 2019.

Salah satu posting saya dulu berhubung isu ini:
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156633404585952

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.