[Video] Isu serius heret Menteri Kewangan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan tidak dapat disegerakan - pakdin.my

Sedangkan kemuliaan institusi Parlimen harus dipelihara

Sangat hampa dan kecewa apabila usul untuk mengheret Menteri Kewangan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan mengelirukan Dewan tidak dapat disegerakan.

Sedangkan ini adalah satu isu serius berhubungkait dengan kemuliaan institusi Parlimen.

Saya kata dalam Dewan Rakyat pagi tadi, bahawa kita di blok pembangkang akur dengan saranan Speaker pada sesi persidangan lepas supaya mengemukakan usul. Justeru itu kami sanggup menunggu hingga ke bulan Oktober ini.

Namun, ia gagal juga untuk didahulukan. Sedangkan kemuliaan institusi Parlimen harus dipelihara.

Pada 15 Julai 2019 lalu, Ketua Pembangkang (YB Bera) memohon untuk merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 36(12) iaitu usul untuk merujuk Ahli kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan mengelirukan Dewan.

Di dalam Penyata Rasmi DR.8.8.2018, Yang Berhormat Menteri Kewangan ataupun Yang Berhormat Bagan telah mengeluarkan kenyataan bahawa sebanyak RM19.4 bilion wang tuntutan bayaran balik GST telah dirompak oleh kerajaan yang lepas.

Di dalam penyata PAC yang dibentangkan (15 Julai 2019), jelas daripada segi keputusan PAC menyatakan bahawa tidak ada kehilangan wang ataupun tidak ada wang yang dirompak seperti yang dituduh oleh Yang Berhormat Bagan.

Dengan ini, Yang Berhormat Bagan telah pun mengelirukan Dewan ini dan pihak
pembangkang ingin menggunakan Peraturan Mesyuarat 36(12) untuk merujuk Yang
Berhormat Bagan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Speaker kemudiannya mengeluarkan Petua apabila anaknya didedahkan sebagai kakitangan kepada Lim Guan Eng sekaligus membayangkan wujudnya ‘conflict of interest’

Berikut Petua Speaker :

“Ini bukan perkara yang saya sorok-sorokkan.
Memanglah. Akan tetapi, anak saya umurnya 31 tahun mungkin 32 tahun dan dia bebas
untuk bekerja di mana sahaja dan bawah siapa sahaja, ya. Jadi, ini saya ingat bukan penting. Apa yang penting ialah sama ada saya bertindak secara bebas, tidak dipengaruhi oleh sesiapa sekalipun.”

Apa susah sangat ni? Kalau tak nak bawa YB Bagan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, tarik saja tuduhan yang pernah dilemparkan kepada BN dulu. Tarik balik kenyataan yang mengatakan sebanyak RM19.4 bilion wang tuntutan bayaran balik GST telah dirompak oleh kerajaan yang lepas.

Apa susah? Kata nak mereformasikan institusi Parlimen? Serius ke tak ni?

#ApaSusahSangatNakHeretYBBaganKeJawatankuasaHakDanKebebasan?

LIHAT video
https://youtu.be/LEUR4yZkEXU

Oleh Wee Ka Siong
https://www.facebook.com/1002345083266329/posts/1383054648528702/

UTAMABERITA Isu serius heret Menteri Kewangan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan tidak...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium


Warning: Module "mbstring" is already loaded in Unknown on line 0