[Video] Isu Terowong Dasar Laut: Perunding Wanita Direman 5 Hari - pakdin.my


https://youtu.be/nbsZ5drHgo8

PUTRAJAYA  — Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini mengeluarkan perintah reman lima hari terhadap seorang perunding kejuruteraan wanita bagi membantu siasatan  projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Majistret Fatina Amyra Abdul Jalil mengeluarkan perintah reman terhadap wanita berusia 50 tahun itu bermula hari ini sehingga 28 Jan bagi membolehkan  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan.

Wanita itu, perunding  kanan sebuah syarikat yang bertanggungjawab ke atas projek terowong dasar laut di Pulau Pinang, memakai pakaian lokap SPRM berwarna jingga dan tangan bergari, ketika  tiba di perkarangan mahkamah kira-kira pukul 10 pagi.

Dia ditahan kira-kira pukul 6.10 petang semalam ketika hadir memberi kenyataan di Ibu Pejabat SPRM di sini.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM  2009…..

UTAMABERITA Isu Terowong Dasar Laut: Perunding Wanita Direman 5 Hari

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium