26.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, March 7, 2021

[Video] J&T Perak nafi mogok – mohon maaf pengagihan barang secara ganas

IPOH – Syarikat perkhidmatan penghantaran barangan J&T Express memohon maaf atas tindakan kakitangannya yang mencampak barang pelanggan seperti dalam video yang tular di media sosial.

Pengurusan J&T Express Perak dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook J&T Express Malaysia-Perak berkata, perilaku yang ditunjukkan ketika mengagihkan bungkusan adalah secara ganas dan tidak menyenangkan.

“Pihak J&T Express akan menyediakan lebih banyak latihan kepada pekerja kami untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.

“Sekali lagi, J&T Express memohon maaf atas kejadian tidak diingini dan akan sedaya upaya meningkatkan perkhidmatan mutu kami,” tulis pentadbir Facebook itu dalam kenyataan yang dimuat naik pada Ahad.

Menerusi kenyataan sama, syarikat kurier itu juga menjelaskan bahawa kejadian terbabit tidak ada kena mengena dengan tindakan mogok atau bayaran komisen.

“Segala perkara yang berlaku adalah satu salah faham semata-mata dan perkara menyebutkan bahawa pekerja J&T Express mogok dan komisen adalah tidak benar,” katanya.

Turut disertakan dalam kenyataan itu ialah video berdurasi 57 saat memaparkan barisan kakitangan J&T Express Perak seramai tujuh orang menyatakan permohonan maaf secara terbuka.

Mereka menegaskan bahawa tidak timbul isu dalaman atau pemotongan gaji antara syarikat dengan pekerja dan mereka juga tidak ada melakukan tindakan mogok.

“Kami sekali lagi memohon maaf kerana telah menjejaskan nama syarikat dan barang-barang rakyat Malaysia.

“Kami sedaya upaya akan ‘clear’ (membereskan) dan hantar barang secepat mungkin,” katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi 15 saat di aplikasi Tiktok menunjukkan sekumpulan pekerja syarikat J&T Express membaling barang pelanggan.

Turut kedengaran beberapa pekerja berteriak menunjukkan rasa tidak puas hati kepada pengurusan syarikat menyebabkan timbul dakwaan kejadian itu ada kaitan dengan tindakan mogok akibat masalah gaji.

Dari Facebook J&T Express Malaysia – Perak

https://www.facebook.com/1191345590967868/posts/3048378985264510/

Kepada pelanggan yang dihormati,

Para pekerja J&T Express Perak ingin meminta maaf atas perangai pekerja dalam mengagihkan bungkusan dengan secara ganas dan sebarang keadaan yang tidak menyenangkan. Pihak J&T Express akan menyediakan lebih banyak latihan kepada pekerja kami untuk meningkatkan mutu perkhidmatan. Di samping itu, pihak J&T Express ingin menjelaskan perkara tentang pekerja J&T mogok dan tentang komisen adalah tidak benar. Segala perkara yang berlaku adalah satu salah faham semata-mata. Sekali lagi, J&T Express ingin meminta maaf atas kejadian yang tidak diingini.

Pihak J&T Express akan sedaya upaya meningkatkan mutu perkhidmatan kami.

Sekian terima kasih.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.