[Video] Kapal Layar Itu Tiada Kaitan Dengan 1MDB - pakdin.my

Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy menafikan syarikat terbabit mempunyai kaitan dengan sebuah kapal layar yang disita pihak berkuasa Indonesia baru-baru ini atas dakwaan pengubahan wang haram. Perkara itu diperkukuhkan lagi apabila mahkamah daerah Jakarta Selatan akan mengadakan pra perbicaraan pertama yang difailkan oleh Equanimity Cayman berhubung tindakan berkenaan.

Dalam temubual bersama media Indonesia Tempo, Arul Kanda turut menafikan keakraban Perdana Menteri Dato’ Sri Mohammad Najib Tun Razak dan ahli perniagaan, Jho Low.

Pra perbicaraan berhubung sama ada tindakan agensi penyiasatan jenayah polis Indonesia menyita kapal layar berkenaan sah atau tidak akan berlangsung esok. Hujung Februari lalu, polis Indonesia menahan kapal layar itu di Tanjung Benoa, Bali atas permintaan Biro Penyiasatan Persekutuan AS, FBI.

Dalam temubual bersama Tempo, Arul Kanda juga menafikan dakwaan mengenai hubungan Jho Low dengan anak tiri Perdana Menteri, Riza Aziz. Menurutnya, peranan Jho Low ialah sebagai broker mengikut hubungan dekatnya dengan pengusaha Asia Barat termasuk Petro Saudi, sebuah syarikat minyak yang berpusat di A-Khobar, Arab Saudi.

1MDB juga tidak campur tangan dalam penggunaan AS$3.5 bilion yang dibayarkan pada Aabar BVI atau 2 bon yang diterbitkan. Beliau berkata Tun Dr Mahathir Mohamad mahu menjatuhkan Perdana Menteri Dato’ Sri Mohammad Najib Tun Razak menggunakan isu 1MDB sebagai senjata pada tahun 2015.

RM42 bilion yang didakwa hilang oleh pembangkang, katanya, adalah hutang 1MDB berhubung nilai tukaran Ringgit yang merosot pada suku pertama tahun 2014. Dalam sebuah laporan penyiasatan di media yang sama, Tempo menyiarkan tajuk berita rasuah 1MDB dan hubungan dengan Perdana Menteri Malaysia pertengahan Mac lalu.


 

Lihat video:

https://youtu.be/9lWcTgawBKk

Rujukan:
https://pakdin.my/?s=1MDB

#TolakTunM #TolakPakatanPRU14 #PakatanProDAP
#FailedState
#Corruption
#Fitnah
#PakatanHipokrit
#TunM93Tahun
#1MDB

UTAMAEDITORIAL1MDB Kapal Layar Itu Tiada Kaitan Dengan 1MDB

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium