Statistik Corona

Malaysia
2,082,876
Confirmed
Updated on September 19, 2021 00:55 12:55 am
Malaysia
1,840,450
Recovered
Updated on September 19, 2021 00:55 12:55 am
Malaysia
219,359
Active
Updated on September 19, 2021 00:55 12:55 am
Malaysia
23,067
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,188,529
Confirmed
Updated on September 19, 2021 00:55 12:55 am
Indonesia
3,983,140
Recovered
Updated on September 19, 2021 00:55 12:55 am
Indonesia
140,323
Deaths
Updated on September 19, 2021 00:55 12:55 am

Thailand

Thailand
1,462,901
Confirmed
Updated on September 19, 2021 00:55 12:55 am
Thailand
1,317,527
Recovered
Updated on September 19, 2021 00:55 12:55 am
Thailand
15,246
Deaths
Updated on September 19, 2021 00:55 12:55 am

Global

All countries
228,897,177
Confirmed
Updated on September 19, 2021 00:55 12:55 am
All countries
203,774,223
Recovered
Updated on September 19, 2021 00:55 12:55 am
All countries
4,698,879
Deaths
Updated on September 19, 2021 00:55 12:55 am

[Video] Kartel Projek Perniagaan Berdepan Hukuman Penjara 483 Tahun

Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk, Adly Kamaruddin, berhadapan dengan penjara sehingga 483 tahun apabila didakwa melakukan 69 pertuduhan memalsukan pelbagai dokumen bagi tujuan menipu Jabatan Kerja Raya (JKR) antara Jun 2019 sehingga September 2020.

Timbalan Pendakwaraya mengambil masa selama lebih satu jam yntuk membacakan kesemua 69 pertuduhan bermula pukul 10.20 pagi di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Berdasarkan kesemua pertuduhan, Adly didakwa telah melakukan persubahatan dengan mengarahkan seramai lapan individu untuk memalsukan 60 dokumen pelbagai projek dengan tujuan menipu JKR.

Adly didakwa telah melakukan persubahatan dengan mengarahkan seramai lapan individu untuk memalsukan 60 dokumen pelbagai projek dengan tujuan menipu JKR.

Kesemua dokumen terbabit termasuk Surat Setuju Terima bertajuk kerja-kerja penyelenggaraan di kampus Sultan Azlan Shah untuk Tetuan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), surat pemberitahuan penerimaan tender Majlis Perbandaran Seremban, Surat Setuju Terima Tender Lembaga Getah Malaysia, Surat Setuju terima Tender Lembaga Lebuhraya Malaysia, Surat Setuju terima Tender Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Surat Arahan Mula Kerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Surat Setuju Terima Tender Kementerian Pertahanan, Surat Setuju Terima Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) iaitu membina dan menyiapkan 50 rumah kakitangan.

Dia turut berhadapan pertuduhan mengarahkan beberapa individu untuk memalsukan beberapa dokumen Borang A Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tujuh buah syarikat iaitu bagi syarikat KSB Global Sdn. Bhd., Syarikat Sekilau Bina Sdn. Bhd., Syarikat Era Utama Sdn. Bhd., Syarikat Utusan Teguh Sdn. Bhd., Syarikat Merak Kayangan Sdn. Bhd., Lapisan Rezeki Sdn. Bhd. dan Syarikat Teraju Laksana Sdn. Bhd.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di Jalan 2/1G, Mutiara Bangi, Bandar Baru Bangi, Hulu Langat antara Jun 2019 hingga September 2020.

Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Akram Gharib memaklumkan mahkamah bahawa kesalahan itu tidak boleh dijamin namun pihak pendakwaan tidak membantah sekiranya mahkamah menggunakan budi bicara untuk membenarkan tertuduh dijamin dan jika diberikan jaminan, pendakwaan mencadangkan jumlah jaminan RM500,000 dengan seorang penjamin tempatan selain syarat tambahan melapor diri di pejabat SPRM terdekat sekali dalam sebulan selain menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.

Bagaimanapun, peguambela, Md. Yunus Shariff memohon pertimbangan mahkamah agar pasport antarabangsa tidak diserahkan kerana bila boleh bergerak ke luar negara atas urusan perniagaan, ia akan mendatangkan kesukaran. Cadangan pihak kami akan memberikan akujanji untuk memberitahu pada pihak mahkamah dan salinan kepada pihak pendakwa raya tentang pergerakan ke luar negara jika diperlukan.

Mahkamah menetapkan jaminan RM500,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan tertuduh melapor diri di pejabat SPRM terdekat pada minggu pertama setiap bulan.

Kes ditetapkan untuk sebutan pada 3 November hadapan.

Berkaitan