GEORGE TOWN: Dakwaan berhubung bayaran tunai untuk mendapatkan rumah melibatkan bapa wakil rakyat DAP Pulau Pinang kini memasuki fasa baharu.
Video yang menunjukkan Ahli Dewan Undangan negeri Sungai Pinang, Lim Siew Khim sememangnya tahu bapanya, Lim Keat Seong terlibat dalam komplot itu seawal Jun 2015 telah dimuatnaik di laman media sosial.
Rakaman itu menunjukkan perbualan menerusi Whatsapp antara mangsa Keat Seong dan orang tengah.
Menerusi perbualan itu, orang tengah terlibat memberitahu mangsa bahawa Siew Khim telah dimaklumkan mengenai perkara itu.
“Saya beri tempoh sehari untuk dia membalas dan mencari jalan bagaimana bapanya dapat memulangkan wang,” kata orang tengah itu kepada mangsa terlibat.
Menerusi satu lagi perbualan, ditunjukkan bagaimana abang tiri Siew Khim iaitu Ong Hock Hin memaklumkan adik tiri perempuannya itu telah meminta supaya diatur pertemuan dengan semua pihak terlibat.
Video terkini itu juga mempersoalkan jika Siew Khim tahu berhubung perbuatan bapanya sejak lebih setahun itu.
Apabila dihubungi, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Aziz Aban berkata, beliau tidak maklum berhubung video terbaharu itu dan akan mengarahkan pegawainya untuk menyiasat.
Bagaimanapun, cubaan untuk mendapatkan maklum balas Siew Khim tidak berjaya.
Sebelum ini, Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong mendedahkan klip video yang merakamkan perbincangan berhubung bayaran wang bagi mendapatkan sebuah rumah kerajaan negeri.
Tong Keong berkata, kandungan perbualan dalam video itu menyebut ia direkodkan tahun lepas dan bapa Siew Khim dilihat bersama orang tengah melayan satu aduan daripada seorang lelaki yang dipercayai telah membuat bayaran namun tidak mendapat rumah itu.
“Semasa perbualan itu, pengadu menyebut dia telah membayar RM260 untuk beberapa bulan namun masih tidak menerima sebarang surat tawaran untuk rumah kos rendah. Bapa Lim nampaknya kelihatan duduk dengan tenang di sebelah kiri dalam video itu, mendengar aduan itu namun tidak bercakap,” katanya.
Video Kedua Dedah Siew Khim Tahu Komplot Rasuah Rumah Kos Rendah https://t.co/zXvKlp0Erp
Video Kedua Dedah Siew Khim Tahu Komplot Rasuah Rumah Kos Rendah https://t.co/RNUEBSb2lf
Video Kedua Dedah Siew Khim Tahu Komplot Rasuah Rumah Kos Rendah https://t.co/Sencnf30rv https://t.co/ugFr57ea2R
Video Kedua Dedah Siew Khim Tahu Komplot Rasuah Rumah Kos Rendah https://t.co/nf16aRMqvV
Lu kena letak jawatan maa…
Returnagain Peryplatipus liked this on Facebook.
Muhammad Inal liked this on Facebook.
Said Awang PS liked this on Facebook.
Azmi Haron liked this on Facebook.
RT @KamaluddinIdrus: Video Kedua Dedah Siew Khim Tahu Komplot Rasuah Rumah Kos Rendah https://t.co/Sencnf30rv https://t.co/ugFr57ea2R

Mohd Khairul Idzwan liked this on Facebook.
Nadzri Hamzah liked this on Facebook.
RT @KamaluddinIdrus: Video Kedua Dedah Siew Khim Tahu Komplot Rasuah Rumah Kos Rendah https://t.co/Sencnf30rv https://t.co/ugFr57ea2R
Mohd Hatta Mohd Junaidi liked this on Facebook.
Pokcik Bambino liked this on Facebook.
Abdul Karim Mat Yusup liked this on Facebook.