[VIDEO] KEJADIAN HISTERIA DI SK PASOH 3 BERLARUTAN SEJAK OGOS - pakdin.my

Pengarah pendidikan negeri berkata pelbagai usaha dilakukan untuk menangani masalah histeria di sekolah itu termasuk menggunakan khidmat rawatan alternatif.

SEREMBAN: Pelbagai usaha dilakukan bagi menangani masalah histeria dalam segelintir kalangan murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasoh 3, Jempol, kata Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan Rusni Ab Jalil.

Beliau berkata antaranya memanggil Pejabat Kesihatan Daerah membuat pemeriksaan tahap kualiti makanan dan tempat penyediaan makanan apabila laporan menyatakan murid berasa pening sebelum kejadian histeria berlaku.

Bagaimanapun kualiti makanan dan kebersihan kantin disahkan dalam keadaan baik.

“Pihak sekolah turut menggunakan khidmat rawatan alternatif dan kaedah Islam dari Jempol dan Segamat, Johor bagi mengatasi masalah ini namun masih belum berjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian histeria dalam kalangan murid di SK Pasoh 3 pada waktu pagi hampir setiap hari sejak Ogos lepas sehingga kini.

Rusni berkata pihaknya dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sentiasa memantau dengan rapi dari masa ke masa terhadap masalah berkenaan dan memberi kerjasama kepada mana-mana pihak mempunyai kepakaran bagi mengatasinya.

“Pihak kami memandang serius kejadian itu dan berharap masalah ini dapat diatasi segera bagi membolehkan murid di sekolah itu belajar seperti biasa,” katanya.

https://youtu.be/iMK91qlN8y0

Kejadian terbaru pagi tadi, 23 murid perempuan dan empat murid lelaki menjadi mangsa.

Tinjauan di sekolah itu hari ini melihat bagaimana murid-murid terbabit bagaikan dirasuk bermula pada pukul 11 pagi.

Salah seorang murid lelaki tahun empat tiba-tiba muntah manakala salah seorang murid perempuan tahun lima yang tidak sedarkan diri berkelakuan seperti harimau.

Murid perempuan itu merangkak-rangkak di atas lantai dan mengaum seperti harimau sebelum melompat ke atas meja seolah-olah mahu menerkam mangsa.

Pihak sekolah turut menggunakan khidmat pengamal perubatan Islam bagi mengatasi masalah yang berlaku saban hari di sekolah itu sejak Ogos lalu.

20161111-histeria-sk-pasoh-3

UTAMABERITA KEJADIAN HISTERIA DI SK PASOH 3 BERLARUTAN SEJAK OGOS

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium