[Video] Keluarga Prebet Adam nafi kematian adiknya ada kaitan Sultan Johor dan mohon maaf kepada keluarga TMJ  - pakdin.my

Selepas lebih tiga dekad berdiam diri, keluarga prebet Adam Jaafar yang terpalit dengan fitnah hingga mengheret Kesultanan Johor akhirnya tampil membela diri.

Adik kepada Adam, Hawa Jaafar, 53, berkata, cerita yang dijaja masyarakat selama ini mengatakan salah seorang daripada adik mereka meninggal dunia selepas dipukul dengan kayu golf oleh Sultan Johor ketika itu, Sultan Iskandar adalah karut dan tidak benar sama sekali.

“Adik saya tidak ada yang mati dibunuh. Jika ada yang meninggal dunia pun disebabkan kebakaran yang berlaku pada 1975.

“Jadi, hentikanlah memfitnah kami sekeluarga. Di kesempatan ini juga, saya ingin meminta maaf kepada Tengku Mahkota Johor (Tengku Ismail Tengku Ibrahim) sekeluarga sebab turut difitnah dalam hal ini,” katanya kepada pemberita di rumahnya di Sungai Ara, Bayan Lepas, di sini hari ini.

Tambah Hawa yang juga anak kedua daripada sembilan beradik itu, dia pernah cuba untuk memperjelaskan isu ini tahun lepas, namun gagal.

Dalam kejadian yang berlaku pada Oktober 1987 itu, Adam dilaporkan mengamuk di Chow Kit, Kuala Lumpur hingga meragut satu nyawa.

Ekoran daripada insiden itu, timbul dua versi yang didakwa menyebabkan anggota tentera itu bertindak sedemikian rupa.

Salah satu daripadanya ialah Adam dikatakan mengamuk bagi menuntut bela di atas kematian adik perempuannya yang kononnya dibunuh oleh kerabat diraja Johor itu.

Dalam satu lagi versi pula, Adam didakwa mengamuk akibat dibuli dan didera ketika berada di kem tentera di Ipoh.

Bagaimanapun, kedua-dua versi itu tidak memetik kenyataan daripada keluarga Adam secara langsung.


 

Lihat video:
https://youtu.be/97T_St-n8rU
————

Akuan berkanun Prebet Adam:
https://pakdin.my/wp-content/uploads/2018/04/20180412-akaun-berkanun-prebet-adam.jpg

Akuan Berkanun Prebet Adam – yang menyokong kenyataan Tunku Mahkota Johor baru-baru ini mengenai penipuan besar-besaran semasa era Mahathir.

TMJ berkata Prebet Adam disimpan di dalam bilik selama 10 hari di mana pegawai-pegawai yang tidak dikenali telah memaksa Prebet Adam untuk membabitkan Sultan Johor dengan mendakwa bahawa Sultan memukul saudara kandungnya sehingga mati.

———
Rujukan:
https://pakdin.my/pandangan-ikhlas-untuk-rakyat-johor-tunku-ismail/
https://pakdin.my/saya-tidak-akan-lupa-tunku-ismail/

#TunM93Tahun
#PenipuanMahathir

UTAMAPOLITIK Keluarga Prebet Adam nafi kematian adiknya ada kaitan Sultan Johor dan...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium