29.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 28, 2021

[Video] Kemalangan empat kenderaan di Kilometer 401 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dekat Hulu Selangor

Hulu Selangor: Enam cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 401 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dekat Hulu Selangor, malam ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima laporan kejadian jam 10.22 malam.

Menurutnya, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Sentosa dikejarkan ke lokasi.

“Kemalangan membabitkan sebuah treler muatan jentera berat, dua lori dan sebuah van keselamatan.

“Terdapat enam mangsa di dalam van keselamatan yang mana lima mangsa mengalami cedera parah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi manakala seorang mangsa tersepit berjaya dikeluarkan anggota bomba,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, pemandu treler dan dua lori yang turut terbabit kemalangan itu tidak cedera.

Beliau berkata, kesemua mangsa cedera diserahkan kepada pihak perubatan untuk rawatan lanjut

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.