31.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 27, 2020

[Video] Kemalangan Kilometer 443.8 Lebuh Raya Utara Selatan: Pemandu Ditahan Bantu Siasatan


https://youtu.be/y0AalnrNz78

Perkembangan kes nahas dua kenderaan yang menyebabkan seorang bayi tiga bulan maut tercampak daripada kereta keluarganya, Ahad lalu.

Ketua Polis Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam mengesahkan, polis telah menahan pemandu kereta Proton Persona yang menghimpit kereta Perodua Axia dalam kemalangan itu.

******

Bayi Maut Tercampak: Polis Kesan ‘Pemilik’ Video

HULU SELANGOR: Polis sedang mengesan seorang pengguna media sosial yang memuat naik video kemalangann di Kilometer 443.8 Lebuh Raya Utara Selatan, di laman Facebook, semalam.

Video berdurasi 34 saat itu yang menjadi viral menunjukkan satu kemalangan membabitkan sebuah kereta PROTON Persona menghimpit sebuah kereta PERODUA Axia di lokasi berkenaan.

Bagaimanapun, menurut laporan yang diterima polis, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu PROTON Persona yang memandu di lorong tengah mendakwa panik selepas berasa kenderaannya dihimpit dari sebelah kiri menyebabkan dia bertukar ke lorong kanan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam, berkata setakat ini, hanya seorang mangsa tampil membuat laporan berhubung kemalangan terbabit.

“Setakat ini, hanya pemandu kereta PROTON Pesona membuat laporan.

Pemandu PERODUA Axia berada di Hospital Sungai Buloh (HSB) kerana masih trauma selepas kejadian itu,” katanya.

Supramaniam berkata, pihak polis masih menyiasat kejadian ini dan berharap tiada spekulasi yang berlaku kerana akan mengganggu siasatan mereka.

Kemalangan yang berlaku semalam, menyebabkan seorang bayi lelaki berusia tiga bulan maut selepas tercampak dari kereta dinaiki bersama keluarganya.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 1 tengah hari itu turut menyebabkan bapanya, Shahril Salleh, 32; ibu, Rafnah Mongudancgal, 35, serta dua abangnya, Aril Hakimi Ashraf, 11 dan Aril Zakuan Haris, 4, cedera ringan.

Bayi berkenaan, Aril Rizqin Redza Sharil disahkan meninggal dunia pada jam 2.30 petang, kira-kira sejam selepas kejadian ketika menerima rawatan di HSB.

Berita Berkaitan

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MPS sita pejabat Azmin, Hilman

Pejabat ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak...

Drama pemilihan Ketua Menteri Sabah belum tamat, Zahid bertegas

KOTA KINABALU – Konflik pemilihan Ketua Menteri Besar Sabah masih belum terjawab meskipun pimpinan Gagasan Rakyat Sabah (GRS) telah mengadap Yang Dipertua Negeri Tun,...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan