[Video] Kembalikan mandat kepada rakyat seperti dijanjikan pada Ogos atau Menteri UMNO akan meletakkan jawatan

Antara yang didedahkan oleh Presiden UMNO dalam ucapan PAU minggu lepas, ialah perjanjian kerjasama untuk penubuhan Kerajaan PN sebelum ini adalah kerajaan perlu membubarkan Parlimen dan mengadakan PRU awal tahun ini.

Dengan syarat tersebut, MKT UMNO ketika itu bersetuju menyertai PN dan melantik Perdana Menteri dari PPBM.

Sejak awal lagi syaratnya ialah Parlimen hendaklah dibubarkan pada Januari 2021 dan PRU perlu diadakan selewat-lewatnya pada suku pertama tahun 2021 bagi mengembalikan mandat kepada rakyat.

“28 Mac 2021: Zahid dedah kerajaan PN gagal kotakan janji bubar Parlimen, adakan PRU awal tahun”
https://utusantv.com/2021/03/28/zahid-pn/

Ini konsisten dengan pendirian bersama BN dan PAS selepas Tun Mahathir letak jawatan pada bulan Februari tahun lepas.

Sebab kita faham perbentukan kerajaan yang tidak dipilih Rakyat dengan majoriti yang kecil akan mengundang kemarahan Rakyat, melanggar prinsip demokrasi dan membawa kepada kerajaan yang tidak stabil yang akhirnya akan merugikan Rakyat dan negara.

Dengan itu, BN dan PAS membuat sidang media bersama untuk memaklumkan bahawa pendirian bersama yang dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong ialah untuk parlimen dibubar dan mandat dikembalikan kepada Rakyat agar satu kerajaan yang stabil dan dipilih Rakyat dapat dibentuk.

“25 Feb 2020: BN, PAS, PBRS tuntut bubar Parlimen”
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/659173/bn-pas-pbrs-tuntut-bubar-parlimen

(Namun pendirian beberapa individu yang sangat tegas untuk mempertahankan demokrasi dalam sidang media tersebut seakan-akan telah berubah selepas setahun merasa jadi Menteri)

Tetapi YDPA tidak perkenan dengan hasrat tersebut masa itu selepas bersidang dengan Majlis Raja-raja Melayu.

Akhirnya, kita terpaksa membentuk kerajaan sementara dengan PPBM masa itu yang merupakan musuh yang kita baru kalahkan dengan megahnya di Tanjung Piai tak sampai 3 bulan lalu.

Jadi, masa itu BN dan PAS kuat dan PPBM lemah. Buat apa kita nak sokong PPBM jadi PM jika tiada syarat yang diletakkan pada mereka?

Syarat yang diberi masa itu ialah parlimen mesti dibubarkan dalam tempoh setahun supaya mandat dipulangkan kepada rakyat dan BN hanya akan sokong kerajaan PN sehingga PRU15.

Pendirian ini tidak berubah dari awal-awal lagi sehingga sekarang.

“14 Mac 2020: Najib: Sokongan kepada PN ada hadnya”
https://www.malaysiakini.com/news/514646

Sebab itu, Presiden UMNO, Timbalan Presiden, Penasihat UMNO, Penasihat BN, Ketua Pemuda menolak sebarang jawatan dalam kerajaan PN.

Pada awalnya dan selaras dengan syarat yang diberi, PM8 telah berulang kali umum akan laksanakan PRU dalam masa terdekat termasuk semasa kempen PRN Sabah

“18 Sept 2020: Muhyiddin: PRU segera jika kita menang di Sabah”
https://www.malaysiakini.com/news/543113

Namun PM8 tidak kotakan janji serta syarat awal kita dan telah dua kali meminta darurat diisytiharkan – pada bulan Oktober 2020 dan Januari 2021 supaya PRU boleh ditangguhkan dengan alasan Covid.

BN steady dan pegang kepada janji serta pendirian kita walaupun pihak lain berkali-kali kencing.

Kita umum sokong kerajaan PN sehingga PRU15 sahaja, kita kotakan.

Kita tandatangan perjanjian untuk bermuafakat dengan PAS, kita masih tepati walaupun muafakat ini sedang tercabar.

BN tak pernah janji untuk bertanding bersama PPBM dalam PRU15.

BN tak pernah tandatangan untuk sertai PN.

BN tak pernah tikam belakang parti-parti lain dalam kerajaan PN.

Tidak kena-mengena dengan apa-apa kluster, rundingan dengan PKR atau tuduhan “gila kuasa” seperti dilemparkan tiap-tiap hari oleh propaganda sebelah sana.

Kesemua ini adalah janji, syarat dan pendirian dari awal-awal lagi.

Dan kita tak pernah bersetuju bahawa “Penyatuan Ummah” ada syarat bahawa kuasa besar perlu dipegang oleh parti terkecil.

Nota kaki:
Video: Wakil dari BN dan PAS mendesak kembalikan mandat kepada rakyat. Dengar juga kenyataan berdegar-degar Anwar Musa sebelum ditimbuni dedak.

Berkaitan