[Video] Kenapa timbalan pendakwa raya kerajaan PH takut untuk kemukakan surat pelantikan? – Shafee Abdullah, Peguam Najib Razak - pakdin.my

Peguam Datuk Seri Najib memohon supaya Datuk Sulaiman Abdullah yang dilantik sebagai timbalan pendakwa raya secara fiat (kebenaran rasmi) oleh peguam negara, mengemukakan kepada mahkamah surat pelantikannya.

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam permohonannya, berkata pihak pembelaan mahu mendapatkan salinan surat pelantikan itu bagi mengenal pasti sama ada ia dibuat mengikut Seksyen 376, 377 atau 379 Kanun Acara Jenayah.

Muhammad Shafee berkata, ia adalah prosedur standard untuk memaklumkan kepada mahkamah berhubung pelantikan itu.

Sulaiman bagaimanapun bangun dan berhujah bahawa setiap permohonan hendaklah dibuat berdasarkan kepada apa yang diperuntukkan undang-undang, malah beliau tidak pernah meminta Muhammmad Shafee mengemukakan salinan sijil amalan guamannya.

Sulaiman turut mempersoalkan apakah motif di sebalik permohonan Muhammad Shafee itu.

“Apakah sindiran (melalui permohonan itu) ? Adakah hendak menyatakan bahawa saya dan pasukan pendakwaan mengelirukan mahkamah?

“Saya tidak akan memberikan dokumen itu walaupun ada memilikinya…Saya berpegang ini adalah rahsia rasmi kerajaan.

“Oleh itu saya memohon mahkamab menolak permohonan ini… Apa yang berlaku sebelum ini sudah berlalu, ini adalah Malaysia Baharu dan kita perlu teruskan,” katanya.

Muhammad Shafee kemudian membalas hujahan itu dengan berkata beliau terkejut dengan jawapan berkenaan kerana mengaitkan perkara berhubung pelantikan itu dengan rahsia rasmi.

Beliau berkata, pihaknya hanya mempersoalkan sama ada pelantikan Sulaiman adalah betul, sehubungan itu memohon untuk mendapatkan dokumen terbabit bagi mengesahkan ia adalah konsisten.

“Saya tidak berniat untuk menyindir sesiapa di sini, tetapi sebagai seorang pegawai awam kamu adalah tertakluk kepada pemerhatian masyarakat awam.

“Jika kamu diberikan kebenaran rasmi mengikut peruntukan, bagaimana ia boleh dikatakan sebagai rahsia rasmi?

“Bagaimana seseorang peguam yang dilantik sebagai secara fiat adalah istimewa? Ia tidak masuk akal,” katanya.

Muhammad Shafee berkata, kerajaan baharu mengutamakan ketelusan.

Sulaiman kemudian membalas hujahan dan berkata, beliau membantah permohonan berkenaan kerana tertakluk kepada arahan oleh Peguam Negara dan tindakan pembelaaan boleh menyebabkan banyak masa terbuang.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali kemudian memutuskan supaya permohonan itu dibincangkan pada pengurusan kes akan datang iaitu pada 31 Oktober ini.

LIHAT video:
https://youtu.be/CR22atIOpkY

……..
https://pakdin.my/tag/amla

https://pakdin.my/tag/shafee-abdullah

UTAMABERITA Kenapa timbalan pendakwa raya kerajaan PH takut untuk kemukakan surat pelantikan?...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium