[Video] ‘Kenduri durian’ itu video lama, sebelum PKP kata timbalan speaker – mari kita semak - pakdin.my

Dari pemerhatian yang dilakukan oleh netizen terdapat persamaan program penyampaian mock cheque pada tarikh dan baju yang di pakai dengan video yang menjadi tular.

Jelas pada mock cheque berkenaan bertarikh 27 June 2021 dan pakaian yang dipakai penerima, timbalan speaker dan salah seorang yang berbaju batik adalah sama seperti didalam video.

Sebilangan besar yang terlibat didalam video berkenaan memakai pelitup muka yang diletak bawah dagudan pada wanita bertudung jelas terlihat tali mask dibelakang tudung.

Di fahamkan Ahli Parlimen Johor Bahru akan membuat laporan polis berkaitan video berkenaan esok (30 Jun 2021).

Berita dari Mkini mengeni penafian yang dibuat oleh Timbalan Speaker yang mengatakan video berkenaan adalah video tahun lepas sebelum PKP:

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Mohd Rashid Hasnon menafikan dakwaan dia melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP) kerana menghadiri ‘kenduri durian’ baru-baru ini.

Sebaliknya, Mohd Rashid ketika dihubungi Malaysiakini berkata rakaman tersebut adalah video lamanya sebelum PKP, iaitu pada tahun lepas.

“Tak adalah, itu (video) lama kot.

“Saya ingat (video) tahun lepas punya, sebelum PKP,” katanya ringkas kepada Malaysiakini.

Mohd Rashid berkata demikian mengulas rakamannya hadir dalam satu majlis kenduri durian.

Terdahulu, seorang pengguna akaun Facebook Kak Ida Abdullah memuat naik satu rakaman majlis kenduri durian dengan kehadiran wakil rakyat yang didakwanya sebagai timbalan speaker.

“Pagi-pagi bikin darah menyirap. Ya Allah tumbangkanah kerajaan sombong dan angkuh ini. Amin,” katanya pada kapsyen video yang dimuat naiknya, awal hari ini.

Video berdurasi 14 saat itu mendapat 10 komen dan 33 perkongsian, bersama dengan sekitar 1,400 tontonan.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan butiran lanjut daripada pengguna media sosial itu.

UTAMABERITA ‘Kenduri durian’ itu video lama, sebelum PKP kata timbalan speaker -...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium