28.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 20, 2020

[Video] Kes rasuah Guan Eng: Perbicaraan bermula hari ini


Lihat video:
https://youtu.be/m7751iaohgs

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tiba di Kompleks Mahkamah Georgetown bagi menghadiri perbicaraan hari pertama kes rasuahnya bersama ahli perniagaan Phang Li Koon.

Prosiding yang dijadualkan selama 23 hari di hadapan hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail ini akan memanggil sekurang-kurangnya 40 saksi pendakwaan.

Menerusi prosiding pengurusan kes sebelum ini, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd Daud memaklumkan mahkamah bahawa pihaknya akan melakukan pindaan kecil dalam kertas pertuduhan.

Pertuduhan baharu itu akan dibacakan di hadapan kedua-dua tertuduh pada hari ini.

Guan Eng diwakili peguam Gobind Singh Deo, manakala Li Koon diwakili Datuk V Sitham-baram.

Pada 30 Jun 2016, Guan Eng mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan rasuah membabitkan penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan dan pembelian lot tanah serta sebuah banglo di Jalan Pinhorn , di bawah nilai pasaran.

Bagi dua pertuduhan itu beliau didakwa mengikut Seksyen 23, Akta SPRM 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Li Koon pula didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan, yang dibacakan bersama Seksyen 165 kanun sama kerana bersubahat dengan Guan Eng berhubung pembelian banglo itu.


Rujukan:
https://pakdin.my/?s=Lim+Guan+Eng+Rasuah






Berita Berkaitan

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan...

ADUN Warisan Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan...

Proton Persona dipandu gila sebelum terbakar

Kajang: Kereta Proton Persona yang terbakar di Jalan Suakasih Bandar Tun Hussein Onn di...

Komen

..

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung isu pencemaran...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan