[VIDEO] KHALID SAMAD FITNAH TMJ DAN BERBOHONG DALAM PARLIMEN - pakdin.my

Janngan lupa subscribe

(TV14.MY) Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, telah memfitnah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Iskandar bahawa baginda telah menulis dalam akaun media sosial menuduh Perdana Menteri Mohd Najib Razak seorang pencuri.

Semasa mencelah dalam ucapan Yang Berhormat Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi, minggu lalu, Khalid telah bangun mendakwa Tunku Mahkota Johor turut menyokong tindakan mereka keluar dewan semasa Pembentangan Bajet 2017.

Menurut Khalid Samad, TMJ telah menyokong mereka dengan menulis di media sosial, “Apakah tindakan anda jika seorang pencuri menasihatkan anda supaya jangan mencuri? Keluar dewan atau terus mendengar?”.

Namun semakan kami dengan beberapa pihak mendapati TMJ tidak mempunyai akaun twitter dan facebook seperti yang didakwa oleh Khalid Samad. Malah beberapa laporan polis telah pun dibuat terhadap akaun-akaun ini sejak beberapa lama dulu.

Justeru tindakan Khalid Samad memetik akaun palsu TMJ dalam perbahasan Parlimen bukan sahaja menimbulkan fitnah terhadap pewaris kerajaan Johor tersebut tetapi juga telah membohongi Parlimen.

Apakah Parlimen yang akan bersidang kembali nanti akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas beliau?

KHALID SAMAD FITNAH TMJ DAN BERBOHONG DALAM PARLIMEN
KHALID SAMAD FITNAH TMJ DAN BERBOHONG DALAM PARLIMEN
UTAMAPOLITIK KHALID SAMAD FITNAH TMJ DAN BERBOHONG DALAM PARLIMEN

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium