25.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 29, 2020

[VIDEO] KIT SIANG NAIK ANGIN DENGAN WARTAWAN ISU FOREX

Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini membidas wartawan semasa sesi soal jawab pada sidang media yang diadakan di kediaman bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim.

Sorakan kuat dan ketawa kedengaran dari beberapa pemimpin pembangkang dan pengikut apabila Lim mengganggu wartawan yang sedang mengajukan soalan, membuat wartawan lain terkejut.

Wartawan, yang memperkenalkan dirinya sebagai dari TV3, bertanya kepada Kit Siang sama ada beliau akan mengatakan sesuatu yang berbeza sekiranya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak duduk di sisinya.

Beliau bertanya berkaitan Kit Siang meremehkan Bank Negara Malaysia (BNM) yang didakwa rugi dalam pasaran pertukaran asing (forex) pada awal tahun 1990an, semasa Mahathir menjadi sebagai Perdana Menteri.

“TV3 adalah pembuat berita palsu. Mengapa TV3 terus memainkan fitnah?” Lim bertanya.

Wartawan membalas dengan berkata: “Saya bertanya kepada kanu …” tetapi telah dipotong oleh Kit Siang.

“Tidak, saya memberitahu anda. Saya kata, saya berpegang dengan setiap apa yang saya katakan. Anda tidak faham itu? Anda tidak memahami bahasa Inggeris yang mudah?

“Segala sesuatu yang saya katakan dan apa yang saya katakan dalam buku-buku saya, saya berpegang dengan itu. Apa lagi yang Anda ingin saya katakan?” kata Lim.

Ketika wartawan cuba untuk mengajukan soalan lain, ia dipotong lagi oleh Kit Sianh yang mengingatkan dia untuk hanya menulis perkara benar.

“Bagaimana anda boleh mengatakan saya (akan) mengatakan (kepada mereka) yang berbeza? Sila TV3. TV3 perlu menyediakan berita yang benar dan jujur.

“Wartawan mesti mempunyai integriti, kejujuran dan hanya melaporkan perkara yang benar,” katanya.

Skandal Forex menjadi tajuk utama sekali lagi selepas pendedahan bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid di mana beliau mendakwa Bank Negara telah mengalami kerugian pertukaran asing sebanyak AS$ 10 bilion pada awal tahun 1990-an.



Berita Berkaitan

Pesan Pada PAS Jangan Khianati UMNO – Zahid Hamidi

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta PAS selaku rakan sekutu utama di...

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Komen

..

Wan Fahysal jangan angkuh, jangan melampau – Asyraf Wajidi

Waktu nak selamatkan Kerajaan Persekutuan, demi rakyat, UMNO-BN dengan kerusi terbesar 43 Ahli Parlimen, berjiwa besar mengalah kepada PPBM yang hanya ada 6 +...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan