[Video] Lapan gerai di Pasar Sentul musnah dalam kebakaran

Sebanyak lapan buah gerai musnah dalam kebakaran di Pasar Sentul, ibu negara, pada Selasa.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.33 malam.

“Seramai 25 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul, Hang Tuah, Sri Hartamas, Gombak Selatan dan Titiwangsa digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, anggota mendapati kebakaran melibatkan deretan lapan buah gerai yang berada di dalam pasar dengan keluasan kebakaran 2,000 kaki persegi,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Mengulas lanjut, kenyataan itu menyatakan api dapat di padamkan sepenuhnya pada 10.24 malam dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Unit siasatan kebakaran berada di lokasi bagi mengenal pasti punca kebakaran serta jumlah kerugian,” jelasnya.